Seluruh hidup adalah ibadah




Alhamdulillah. Pagi-pagi bila drive pergi kerja, dapat dengar Tazkirah Pagi kat Ikim.fm. Elok2 tazkirah abeh, elok2 sampai dekat hospital. Biase around 730am camtu, pastu b4 8am da abis da.

Dan tak tau lah kenapa, setiap kali ustaz tu bagi nasihat, bagi teguran, seriously menusuk masuk dalam hati, macam on the spot fikir, Ya Allah, betapa kita ni sebenarnya bukan apa-apa pon tanpa Allah, betapa sebenarnya Allah sayang dekat kita lebih dari sape-sape sayang kita.. -__-" 

Aritu ustaz cakap pasal ibadah setiap masa. Ye. Hidup kita yang sementara di dunia ni hanyalah untuk beribadah kepada Allah. Sebagai khalifah di bumi Allah, mengumpul amal sebagai bekalan di akhirat yang kekal selamanya.Tapi, kalaulah Islam itu agama yang strict, yang hanya limitkan ibadah itu hanya pada solat, baca Quran, zikir munajat, puasa dan zakat, berapa sangatlah amal dan ibadah yang kita boleh buat dan boleh kumpul kan?? Hurmm..Astaghfirullah.

Kalau dalam seharipon, kuar kerja pagi-pagi, balik rumah sampai malam, maghrib or isyak. Bile kat rumah, nak kena uruskan suami *ehem..macam da ade suami lak*, uruskan anak-anak, kemas rumah bagai, banyak mane je lagi mase yang tinggal untuk betul2 solat, ngaji, baca tafsir semua kan. Nak bangun buat tahajud malam-malam sure lah penat. Plus, sape plak yang solat 4 rakaat sampai sejam kan?? -_-" paling lame pon 5-7min.

Jadi ustaz ingatkan kita, seluruh hidup kita sebenarnya adalah ibadah, dengan syarat..ingat tu. DENGAN SYARAT...

1 Niat kerana Allah -  sebelum buat pape, niat kerana Allah. Yes. Niat is the ultimate point.

2 Mengikut syariat - dalam membuat sesuatu tu, kita kena pastikan kita jaga aurat, jaga pergaulan, mengikut batas-batas syariat yang sebenarnya.

3 Perbuatan itu halal - okay, surelah sendiri kena tahu ape yang kita buat tu halal. Kalau kerja pon, kita tahu, pekerjaan kita tu halal.

4 Ape yang kita buat tu mendatangkan kesan yang baik untuk diri kita, keluarga kita dan semua orang di sekeliling kita. Kalau pergi melancong pon, sure dapat increasekan keimanan, ketakwaan kita kat semua ciptaan Allah. In sha Allah kan =)

Last sekali..

5 Jangan tinggalkan perkara-perkara asas. Kena selalu ingat, setiap solat, ibadat, hidup dan mati kita kerana Allah swt. 

Bila macam ni, mati bila-bila masa, walau kat mane, even tengah buat rutin harian, tengah masak, tengah basuh kain, tengah cuci pinggan, tetap dalam ibadah. Masya Allah. Allah is All Knowing kan.


Ok bye. Peace be upon you. 
 


Comments

Popular posts from this blog

...

Drive kereta automatik guna DUA KAKI dan....