Hail Tudung Bawal..!!

Assalamualaikum..

Hye korang? Sihat ? Suami dah evolve jadi lelaki perut buncit blom? Anak-anak dah boley jalan sampai rumah bersepah 24jam dah ke? *pergh..sangat bajet sapa kawan2 macam ni. Doakan Allah sentiasa lindungi korang dan orang2 tersayang di samping korang. Ameen~

Sekarang ni macam2 style tudung ade atas muka bumi ni. Takpe. Tak kisah nak berstylo, up-to-date but always..always and always remember, what is the purposes of hijab itself. *bola mata naik atas, recall balik kenapa kita pakai tudung. 

Aku tetap suke pakai tudung bawal. *Hahaha. Tibe-tibe je kan. Dah tu memang point utama entry ni kot.
Tapi kadang-kadang bile rasa bosan and rajin nak melilit tu, aku bungkus la jugak kepala dengan selendang. Tu pon kena kutuk jugak. Pe hal pakai booolat-boolat ni. Ceh. Ade je nak mengata. Sekeh kang!

Mase orang dok kepoh ber-Ariani,  beryoutube, how to belit kepala otak wear tudung-selendang-pashmina-scarf  (whatsoever people might call them)  like Hana Tajima, like Wardina, like Yuna, like berbagai-bagai gaya lah, time tu aku rase down giler sebab serius, tak reti pon nak pakai camtu. Plus rasa macam tak cantik pon klu aku pakai. Puii puii..Kesian dowh..Makanya, balik-balik, aku pakai la bawal aku tu. Tu pon bukan yang stail zaman sekarang, berbunga sulam penuh tudung, cameron la, stokin la, batik la, berCrown bagai atas kepala, aku still dengan zaman bawal yang berberlian tu. Ewahh..Bunyi macam anak lord je kat tudung pon ade diamond. Blah la kao! Tapi sekarang ni, bawal yang orang jahit diamond tu da makin pupus. Susah da nak cari. Waaa...waaa. Nangis golek2 masuk selimut T_T

Time tu kalau aku kuar g shopping mall ke, even g Pasar Malam Wakaf Che Yeh pon aku rasa orang pandang slack kat aku *Cehh..perasan je padahal orang satu sen pon tak heran kat kau* Aku je yang rase sebab diorang da la cantik, pastu bergaya lak. Rase macam, weii..please laa. Tukar la style tudung kau tu. Orang dah tak pakai tudung ni arr.. Huuu.. Inferior je rase. Tak up-to-date. *sungguh, ini hanya monolog dalaman. Orang sekeliling tak pedulik pon. Sakit jiwa la kao ni. Gi amin Seroquel Sr nuh!

Tapi sekarang, ade kak Juma. Yeay..!! Kak Juma dah come out dengan design baru tudung bawal la plak. Tapi sebenarnya, jenis macam ni da ade masa zaman aku belajar lagi but mase tu sebab bukan kak Juma yang pakai, so, nampak burok je la style camni. Tak cun pon.

Ni haa tudung tu..




Sungguh sempurna ciptaan Allah ni kan. Cantik. Sweet gila terbabas sampai semut pon boley kena kencing manis kalau serbu dia. -_-" Tudung kaler 2 tone . Kalau aku pakai agak2 leh tranform jadi cantik cam kak Juma ke? Hahaha. Dah tau realiti, nak tanya lagi. *luku-luku kepala seniri

 Tapi kan kak, sorry la, akak memang dah cantik, letak la alas kaki pon buat jadi tudung, berderet orang nak beli alas kaki tu dengan akak. Hohooo.

Pastu plak sekarang ade design bawal cotton bercorak lak. Alahai, lagi cantik aku tengok.



Kat pasar Siti Khadijah aku tak sure ade ke tak tapi tudung ni ade akak ni jual online. Blogger jugak. Tuan pun cantik. Macam kak Rozita Wan Chik versi pakai tudung.http://nurulainblogshop.blogspot.com/

http://nurulain8888.blogspot.com/


Malangnya, sekali lagi aku kecewa dan kena setia dengan bawal plain aku. Nasib kao la moknea. Tudung berbunga memang tak kan seswai dengan kao sebab muka kao tu pon dah cukup berbunga!  Tak smooth, halus mulut bak kulit telur baru lepas kupas. Ececece..macam iklan clinique la plak.

Berbunga macam ni -_-"



Takpe. Tak kisah. *ayat nak sedapkan hati

* Teringat dulu kat UIA tak suka orang pakai tudung bawal sebab jarang, nampak leher plus kalau yang tak pakai anak tudung tu, nampak rambut tocang. Siap cakap baik letak ikan bawal dari pakai tudung bawal. huuhuu. Ada betolnya, sebab tu kena pandai pilih jenis kain bawal lak.

Comments

sarah1410 said…
Salam. :) Nice entry. :D

Nak tumpang promote jap ya. Hehe.
Saya ade jual inner untuk tudung bawal supaya tak nmpk jarang.

Jika berminat boleh terus hubungi saya @ 012-9797763.

Available colour : Hitam, dark choc, dark grey, light grey, krim & putih.

Mekaseh. :D

Popular posts from this blog

...

Drive kereta automatik guna DUA KAKI dan....