At the counter: When patient is always right

My fellow pharmacist friends.

Do you agree?

I bet you do.

Present.

So far, setakat yang aku kerja dekat hospital jeli, tak penah lagi ade patient mengamuk sebab lama tunggu nak ambik ubat, sebab dapat ubat sikit which is bekal for 2 minggu je dulu instead of terus sebulan sebab stok ubat tak banyak, or kena tunggu kitorang call diorang balik sebab time tu stok ubat takde. 

Lepas je dispense, mesti dengan muka penuh bersyukur, patient cakap terima kasih kat aku, takpon yang pompuan hulur tangan nak bersalam. Macam sangat appreciate keje kitorang. Tak tau la kalau aku je perasan terlebih, but told you, jarang nak jumpe patient macam ni dekat hrpz. Hurm.. *wondering*

Past.

Almost everyday kena hadap patient yang stress sebab kena tunggu lame untuk ambil ubat. Kualiti dalam dispense ubat pon berkurangan sebab tau patient dah penat tunggu dan tak nak dengar pon kau cakap ape. -_-" Sangat tak puas hati kalau jadi camni. 

Ni 2 kes yang penah aku hadap, and aku rasa worst ever la.

This patient is our regular customer and my boss da kenal dah dengan perangai dia. Bila die datang nak pungut ubat, bos aku 'bagi' dia kat aku, sebab rupanya dia nak tengok cane aku handle patient tu. Baik punya teknik mengajar bos aku sorang tu. *miss her already*

Aku pon lepas confirm nama, hebat la dok assess compliance dia sebab awal2 die dok cakap die kenal dah ubat dia. Then before die nak blah, dia mintak ice, sebab nak simpan insulin. Aku pon cakap la, takpe, ubat tu boleh tahan lagi untuk sampai rumah nanti, tak semestinya kena direct terus simpan dalam peti sejuk. Ape lagi, terus die mengamuk maki aku cakap keje malas, nak gerak pergi amik ice pon malas, nak bagi ice pon kedekut, simpan duit kerajaan sume. Mak aiii..berderau merah muka aku. Of cos la ramai giler patient tengah tengok 'drama' aku tu. Kat dalam farmasi plak sume orang senyap sebab suara patient tu marah aku sampai dengar kat belakang tuuu. Free show beb..!! Warghhhh..

Aku wat muka toyer je tapi dalam hati malu giler kot. Pastu aku pon mintak la kawan aku yang lain tolong amik ice sebab aku nak stay jaga kaunter kot patient lain datang. Then time tu die dok bebel lagi kat aku cakap plastik pon tak nak bagi, duit rakyat pergi buang kat mane sampai plastik pon tak mampu nak beli. Aii..kalau ikut hati, maunye lame dah aku #$%^&^ pakcik ni. Exaggerate je. Monolog dalaman. Hohoho. But aku tahan je telinga sampai dia cakap, awk keje ni pon saya yang bayar gaji, Duit rakyat sume ni. Amboi die ni. Ingat aku keje goyang kaki ke ape. Dah dapat ice, terus die blah. Dan bos aku plak gelak je.. Hahaha. Siot btol.

Next day plak. Aii..memang minggu malang. Patient ' saiko' camni sume dapat kat aku. Lucky me..! -_-"

Tengah aku dok dispense ade patient datang. Ngamok dan maki hamun kat aku cakap die tunggu lamo dah. Dari pukul 11 lagi sampai la nak dekat pukul 2. Suara die mak aiii.. memang aku yakin, satu farmasi dengar..!! Lepas tengok no giliran dia aku cek ubat and memang ubat tu dah lame siap and kitorang dah tekan dah nombor untuk panggil dia, BUT maybe dia tak dengar or tak perasan kot. Aku pon explen la kat dia bla bla bla bla.. Tapi biase la orang tengah marah mane nak dengar dah, memang die maki aku depan2 lah. Huh. Aku pon ape lagi, dengan muka penuh cover malu-nak-nangis-tapi-nak-maintain-professional tunjuk kat dia cane sistem panggilan kitorang dan bukti yang kitorang dah panggil dia. Lepas tu rilex je dispense ubat kat dia. 

Aku yakin, kawan2 aku pon mesti ada pengalaman hadap patient mengamuk depan kaunter padahal kita tak salah pon. Rasa geram, nak marah but what to do, kita tak boleh nak marah patient balik sebab they are always right. We have to be professional. Kan?? So, what i'm gonna tell you, this is what you should do.

Paling PENTING --> SABAR. Be patience. Because if you are, you already win the game. Nak jadi double-winner, cakap kat patient tu, Sabar Encik, Sabar Puan, Sabar Kak, Sabar Dato', Sabar Datin Sabar.. Hahaha. lagi best kalau patient tu name SABAR =P Takat ni aku berat mulut lagi nak cakap gitu sebab malas nak cakap banyak.

Then, DENGAR. Just dengar apa patient tu nak cakap, sebab kalau kite dok argue masa dia tengah nak protes, lagi la die rasa marah kat kita. So, biar die 'penat' cakap dulu, dah reda baru korang explain la ape sebenarnya situasi sebenar. 

Patient mungkin boley terima 'alasansss' korang but some are not. Mostly taknak terima la kan. Huh. So, what you should do, is ACCEPT it. Dont fight back and then SMILE ^__^ Walaupon senyum dalam paksaan.


Senyum. Tak Perlu Kata Apa-apa. Macam pernah dengar? Good. You all memang up-to-date lah ! ^^

Wani - Hanan - Wani . Perfecto


Bye.

Comments

Haziah Salleh~ said…
haha Aku paling pantang orang cakap die bayar gaji aku. Abes tu gaji die pon aku byr gak kn sbb aku pon byr tax. Cet!

HUrm btol2 kne sabar. tapi aku da sampai kene kate ape2 da la.. Penah pt kate aku x considerate suh die dtg tiap2 bulan, aku balas gak

"we are being considerate. We have thousands of pt who's taking da same medication as u r, uncle. N we r making sure that everyone can have them every month."

pacik itu pon diam tanpe kate..

Aku just nk tambah, at some point kite kne gak stand for our rights coz in everything we do ade jgk justification. Slagi drg x fhm, slagi tu drg akn trus bambu kte. Tp alhamdulillah aku da x kt opd. Kalo x mampos~ siyes aku leh jd mean hahaha skali due leh la ko maki aku, lame2 aku leh maki balik kot huhu
shifaa said…
i just love this one, okay always feel like blogging this topic but you did it first, let me just share my view( might as well i blog kan because i have long strong opinion about this)

1)i don't think many will agree with me and what im going to say needs LOOOOOONG explaination. anyway feel free to melenting.

And maybe its easier said than done, but if you can just do it.

Sebenarnya,kita rase antara sebab benda ni berlaku sebab kita asyik tengok orang di atas, dan tidak melihat orang di bawah. kita sering merasakan yang kita ada HAK. Itu HAK kita..tapi bila fikir balik sejauh mana kita menunaikan HAK ALLAH. Kalau nak ikotkan ALLAH la yang sepatutnya paling banyak komplen terhadap hambanya.

dan kenapa benda ni berlaku kat kb dan bukan jeli? cuba fikirkan...

kalau patient yang problem, mesti ade sufficient education background. kenape? adakah sebab diorang exposed, jumpa ramai orang, dan menjadi semakin kurang bersyukur?

Astaghfirullah, minta jauh sifat2 yang kita x suka, and the one yang kita post kat fb dan blog. ntah2 kite pon same je dgn problematic patient, and we just don realise that.

takmau termakan dengan kata2 sendiri..
Anea_hayati ♥ said…
Haziah:

Btol tu weh. and it is our job again to make them understand ape yg kite buat. sbb bile aku explen kt pt jeli ni, diorg paham je. klu ikutkn, diorang lagi la susah nk dtg, kne charge teksi sume compared ngn org bandar yg kaya raya tuh. huh tapi on sume ubat mahal2. *tak baik btol aku* huuu
Anea_hayati ♥ said…
Shifaa..

anda WAJIB smbg entry sebegini di blog anda. nak gak tahu pe cite kwn2. nak tunggu jumpe, berjanggut la dey. Hahaha..

*tak kuar lagi cite nak face HO, MO, pakar and consultant yang macam2 kerenah tu* Huh
iman said…
peh..if it was me...i might put an overdose mophine in his pillss.haha
Anonymous said…
i really want to talk about pharmacist-patient nye citer, but.... im not one of u guys now...

-dulu JB-

Popular posts from this blog

...

Drive kereta automatik guna DUA KAKI dan....