Bukan Bernilai 10 ribu

Assalamualaikum all..

( Cewahh..bajet ramai je baca blog )

Dah start cuti sekolah kan? Jeles aku dengan cikgu cikgi ni, syok je cuti berbulan-bulan. Aihh..dah terlambat jugak kalau nak jadi cikgu. (padahal tahu aku bukan reti nak ngajar pon =P ) 

Well..cuti sekolah, pe lagi, musim orang kahwin la kan. Pelik. Yang kawin ni budak sekolah ke sebab asal cuti sekolah je kawin, asal cuti sekolah je kawin. Ke yang kawin ni cikgu-cikgu je, ke guru besar?? Ke yang nak kite jemput tu semua cikgu-cikgu? Heran sungguh aku. Kang tak pasal clash banyak wedding ceremony and of course la aku kena choose. Lain la aku bleh wat clon and pergi kat banyak tempat. Haihh..Rasa bersalah. -_-"

Anyway, congratulations kat semua kawan-kawan aku yang bakal dan dah bertukar status hujung tahun ni. Sorry kalau tak dapat datang but i'll always pray for ur happiness and blessing from Allah. Tu yang penting kan. Semoga semuanya berjalan lancar. InsyaAllah~ ^^

As for me, aku sure lah kena tandah telinga dan buat muka tebal kalau orang tanya aku bila nak kawin. Takpon sediakan siap2 peluru nak tembak balik. Fight or flight! It will be fun if you choose to fight. Hahaha. Lawan mulut je :P

Baru nak masuk bab tajuk. Bahahaha.. Intro panjang bebenorr.. Menyampah lah i kat u!!

Dan kalau lah aku kena kahwin, aku pon tak tahu nak letak hantaran berapa. Ye lah, 'harga semasa' pompuan yang ade degree sekarang kan 10 ribu..Banyak weh 10 ribu...!! Aku keje setahun pon tak mampu lagi nak kumpul 10 ribu. Phewww..Boros kah?? Yang pasti, aku taknak bakal suami aku nanti sampai siap nak buat loan untuk kahwin. Adehh.. kesian. 

Lepas tengok ceramah ustaz feveret aku ni, lagi arr buat aku down kalau nak letak hantaran tinggi-tinggi. Tak layak dowh..




Auuww..terasa i bila ustaz ni 'mengata' gitu..


Kalau aku ada kawan, die anak datuk dato', takpon anak tan sri. Blaja sampai buat master, kalau bab agama semua orang refer kat die even die takde la nampak warak ke ape. Then, masak sampai aku makan buat round lap banyak kali kot. Tapi die nak kahwin hantaran 5ribu je. Perghhh..memang aku salute ah kat dia. *imagination friend aku je ni. Kehkeh..

Kalau orang cakap hantaran kawin sekarang tinggi sebab kos nak buat kenduri sekarang tinggi. Lorhhh..yang nak buat grand-grand sape suruh. Sah-sah la banyak belanja. Lepas kawin dok kire nak bayar hutang. Kehidupan lepas kawin tu yang penting. Ayat ni pon mesti korang dah selalu dengar. Tapi camtu la kite. Takat dengar je kan. Bile turn kite, hamboi-hamboi, taknak kalah tu sume. Nauzubillah~ 

Sape nak tolong buat proposal kenduri kahwin untuk jemputan 1000 orang tapi belanja below 5-7 ribu?? Hahaha

Ape?? Aku tengah plan nak kawin ke?? Weyhhhh...BERAPA KALI MAU CAKAP DEY TAMBIII..!!! Aihhh

Comments

eira eixora said…
boleh tp tkleh bt catering kena gotong royong msk
Anea_hayati ♥ said…
btol2. byk bajet abis klu katering. klu gotg royg masak mmg jimat skit dih tapi msti letih gler..

Popular posts from this blog

...

Drive kereta automatik guna DUA KAKI dan....