Mitok maaf pokcik..-_-"

Aritu aku pergi penang. Dari airport ke hotel, aku naik teksi. Murah lah kau. 103ya je. Uhuk. Sesak napas aku mase bayar tu. @_@ Dalam teksi, pokcik teksi tu rancak dok bercerita dengan aku..

Pokcik: Adik dari mane?
Adik ( Aku lerr) : Saya dari kelantan pakcik (cakap luai cover bunyi budu dengan penuh berhati-hati)
Pokcik: Owh..kelantan kat mane?
Adik: Kota Bharu. Dalam hati pokcik ni tahu ke kalau aku cakap ni.
Pokcik: Ohh.. Anak MENATANG pakcik pon ade kat kelantan. Kat bachok.
Adik: Dalam hati lagi. Teruk giler pokcik ni. Biar betol panggil anak die MENATANG.

Kalau dalam bahase kelate, kire mulut huduh arr cakap MENATEY aka BINATANG kat orang kalau dah marah dan menyampah sangat kat orang tu.

Lepas tu baru aku teringat, owh..orang UTAGHA panggil anak sedara die anak MENAKAN.
Hohoho. Blush sendiri >_<"

Maaf pokcik, buruk sangka doh sedas.


Bahasa Jiwa Bangsa.

Comments

Popular posts from this blog

...

Drive kereta automatik guna DUA KAKI dan....