Apa ada pada nama ??

Nama kau sape ehh??

Aku? Aku HANAN. Yes. With single N in the middle. More importantly, i'm a girl ( umur 25 pon consider girl lagi ke?? -_-" Conpius ehh. HAHA ) And for the full name I'm Hanan Hayati Binti Mamat. Surely a nice name ya. Hahaha.. Saje nak perasan =P Nah baldi kalau korang nak muntah wekk wekk.

Actually, aku sangat bertuah dan bersyukur sebab arwah abah aku bagi nice name macam ni kat aku. Sangat nice sampai adik aku ejah yang merem tu selalu SALAH GUNA nama aku tiap kali sape2 tanya nama die. Kureng esem btol..!! Bile sampai turn aku, blurr nak bagitau name ape. Ciss cake btol..

Kadang-kadang aku pon dah penat nak malu tersipu-sipu tiap kali orang puji nama aku. >_<" Yeahh. Aku tau korang menyampah giler baca statement tersebut. Aku pon menyampah jugak tapi nak buat cane, KENYATAAN. Ehem. 

Ade sorang classmate aku, Hind from Sudan, tengah kitorang dok borak-borak sambil makan kat bilik kitorang, tiba-tiba die cakap, I like Hanan's name. Vey nice. Opocot mak kau, terkujat aku !! Nasib baik tak innalillah tertelan makanan. Die siap explen maksud nama aku yang buat jadi lagi nice.

Aritu aku pergi kursus, makan la same2 dengan sorang akak kaunselor. Cantik akak tu, manis pulak tu. Die tanya nama aku sape, then die cakap, owhh..cantik nama awak. Kawan akak pon ade nama camtu tapi die bukan Malay. Aku pon =) senyum je la. 

Masa prp, ada sorang pegawai tanya ape maksud nama aku. Aku pon bagitau la, pastu die cakap sedap nama Hanan. Die tanya Hanan ni laki pon boleh kan? Aku angguk je la.

Speaking of which, selalu jugak orang ingat aku ni lelaki. Especially dengan nama Hanan by itself, without Hayati. Of cos la. memang ngek sangat la kan kalau cakap aku ni lelaki lagi even ade Hayati kat belakang. Memang tak heran sebab nama ni unisex. Senior aku binti Hanan, kawan aku Hanan Hassan. Aku penah jumpe Abdul Hannan. Nor Hannan pon boleh jadi laki jugak. Jangan main2 you.

Pernah sekali tu aku on the phone dengan specialist, tengah cakap2 tu die tanya, nama you ape? Saya Hanan dokter. Owhh..Hanan. I ingat Hanan ni lelaki. Aku pon jawab la, laki boleh, pompuan pon boleh dokter. Iye?? I tak pernah jumpe lagi Hanan perempuan. Laju je aku jawab, sekarang dah jumpe la dokter. Hahaha. Sempat lagi menjawab =P

Pernah jugak orang cakap aku tipu nama bile cakap nama aku Hanan sebab die cakap Hanan ni lelaki. Rasa nak sepak je. Orang dengan jujur bagitau nama seniri, suke hati mak nenek die plak nak tuduh aku penipu. Ciss cake kuasa dua btol..!

Sekarang ni ramai kawan-kawan aku yang mengandung, kakak aku, kakak-kakak ipar aku pon dok berlumba-lumba mengandung sekarang. So, aku rasa tanggungjawab diorang untuk bagi nama yang terbaik untuk bakal baby diorang. 

Aku ingat lagi masa belajar UNGS (kitorang panggil subjek unggas) ie ala ala macam Pendidikan Islam la kat UIA dulu, ustaz Hasbullah cakap menjadi hak anak yang belom lahir untuk mendapat nama yang baik dari ibu bapa dia, selain hak untuk hidup, hak agama, hak makan dan banyak lagi la hak-hak lain. 

Sebab hak tu  ke atas ibubapa, bila anak besar nanti, dia akan hidup dengan nama yang parents dia berikan. 

Ia bukan hanya sekadar nama. Nama adalah segala-galanya, kerana itu, Islam meletakkan satu guide line bagi ibu bapa untuk menamakan anak mereka dengan nama yang baik maknanya.kerana??
kerana panggilan nama itu umpama doa. Jadi, nama bukan hanya perlu sedap, bahkan maknanya juga baik. Membawa makna yang menjadi doa kepada tuan empunya nama.

Tahniah untuk ibu bapa yang telah menamakan anak mereka dengan nama yang baik n memanggil anak mereka dengan nama yang baik.. Masha-Allah...

Pinjam kata2 Ustaz Don

Dan kawan-kawan pon, kena hormat nama baik yang parents kawan-kawan kita bagi kat die. Penat mak ayah diorang bagi nama elok-elok, macam-macam nama pelik korang taram dok panggil kat dia. Habis hilang semua maksud die. Kena pulak sebenarnya kawan kita tu tak suke pon kite panggil nama camtu kat die. Tak baik kan.Iskk. Kalau kena kat kita?? Oyeahhh. Impossible la u will Like.Click mcm yang dekat facebook tu.

Tapi, kalau nama kau Muhammad, jaga la perangai tu, baru orang tak panggil kau Setan. Kann?? Kann??

Too Childish

Comments

||kiena|| said…
Heeee sedap nama hanan,.. :P
Anea_hayati ♥ said…
Tq k kiena ^^

Suke tgk k kiena senyum..:)

Popular posts from this blog

...

Drive kereta automatik guna DUA KAKI dan....