Kenapa lelaki dare untuk berpaling tadah aka curang??

Satu. Sebab diorang bajet bagus. Bila diorang bajet bagus, super hot, pria terhebat, diorang tak kisah untuk sayang kat pompuan tu, then tinggalkan dia sebab jumpa pompuan lain yang diorang rasa lagi bagus untuk die. Well. Diorang rasa mane2 pompuan pon tak kan rijek diorang punye lah sebab..yeayyyhh.  I'm the best bebeh..AKU TERBAIK kot. Bodoh arr pompuan taknak aku. Seriously bajet kan..?

Dua. Suka kaitkan dengan isu poligami. Laki ade 4 kuota. Tengkorak hang. Tang tu nak sangat la ikut sunnah Nabi, yang lain haram nak tau, nak ikut sunnah. Aku taknak komen banyak. Aku bukan anti poligami tapi bagi aku, kalau seseorang lelaki tu memang layak untuk poligami, aku no hal. But guys, bukan bermakna diorang boley berpoya poya tinggal anak bini sume pastu pergi mengenyeh kat pompuan lain. Konon nak tambah cawangan. Again. Go ahead, kalau mampu.

Tiga. Awek jauh. Bila awek depan mata, sungguh la tak pandang pompuan lain. Hidup mati diorang dengan buah hati pengarang jantung tu je. Berkepit memanjang, tapi bila dah jauh sikit dengan awek, mula la pasang menara pencawang.Tambah coverage awek. Kena pulak yang sweet talker, pandai amik hati pompuan, sah-sah la melekat pompuan kat die even pompuan tu dah tau die ade awek. Sungguh. Lelaki camni die boley buat pompuan pikir yang die dengan awek die dah putus. Stop. End. Zero. Takde pape dah padahal the truth is everything is soo much fine. Diorang hanya perlukan korang just untuk hilangkan kesunyian diorang je. Iskk. Iskk. lelaki. Konon masculine, strong,bold tapi sebenarnya kurang kasih sayang. Omputeh cakap, lack of love. Kesian~

Empat. Bosan. Bila dah lama sikit bosan, rasa tak menarik sikit bosan, pompuan merajuk sikit bosan, buat benda sama ulang banyak kali sikit bosan, borak benda sama sikit bosan. Korang kena rasa lucky lah kalau diorang tinggalkan korang sebab rasa bosan. Once diorang ade rasa macam ni, diorang bukan betol2 sayang kat korang pon. Logik akal pon, kita takkan rasa bosan dengan orang yang kita betul2 sayang, even seburuk sebosan mane pon orang yang kita sayang tu, semua tu akan jadi special.


Lima. Populasi kaum lelaki yang semakin merudum. Dunia akhir zaman. Menjadi populasi yang akan pupus ni, memang buatkan diorang boley ikut suka hati je mainkan hati dan jiwa lembut perempuan. Come on babe. 'Barang' limited edition, reject banyak mane pon orang berebut jugak nak. 

Enam. Susulan populasi lelaki yang makin sikit, kaum pompuan plak makin ramai. Pompuan sekarang ni dah la ramai yang cantik. Beauty with brain. Mostly. Educated. Pandai masak. Ewahh.. Korang kan suke pompuan pandai masak niiii. Lemah lembut bagai. Aku pon suke kalau tengok kakak yang cantik, bijak, lemah lembut semua. Kalau aku jadi laki pon aku ngorat, petah lagi diorang yang memang lelaki nie. Tak ingat dah bini kat umah.Ngayat habesss..

Tujuh. Pompuan ni hati lembut. Lelaki ni bijak kan. *giving statement dengan hati yang terpaksa* Diorang tau kalau diorang main kayu tiga empat lima enam tujuh lapan pon, as long as pompuan tu sayang die, she will forgive even she hurts. Ingat lagu kak Rossa, Hey Ladies, jangan lemah!! Paling suke tang die cakap lelaki busuk. Hahahahaha. You right kak Rossa. Lelaki memang busuk nak nak yang hisap rokok. =P Buktikan yang korang boley survive tanpa diorang. If he was that great ( masa korang tengah layan cintan cintun kat die) remember dan yakin yang Allah boley bagi yang greatest lagi kat korang. Dia berani nak curang, you all blah. Kalau semua pompuan camtu, maybe la kurang sikit peratus lelaki nak cari lain, if die betul2 sayang korang la. Kalau dah PLAYBOYER tu, aku tak leh nak cakap ape.


Don't invest too much in relationship, except you are married.
 Indeed, kahwin pon tak menjamin lelaki tu untuk setia. Kan?

Comments

Anonymous said…
sangat3 la best entry nih!!! sangat2 bersetuju.. laki camni mmg boleh blah laa.... doa2 la kita dpt yg terbaik.. laki skrg sgt ssh nk dipercayai sampai rase takut nk kawin.. huhu..
ila ni said…
fuyoh nea, gano ni nea. mcm ado kesah di sebalik je ni ;p

tapi mmg ofkos la i stujueww~
Anea_hayati ♥ said…
Anonymous

Still, kena kahwin jgk. Kan? hurmmm
Just pray Allah give the best..
Anea_hayati ♥ said…
Ilani..

Komen sbgai observer tegar orang2 yang hangat bercinta pastu clash sbb 3rd party. Hahahaha

Popular posts from this blog

...

Drive kereta automatik guna DUA KAKI dan....