Era 'floating' yang tak berapa nak gemilang tapi aku suka

Sape suruh kau hantar logbook lambat? Sape suruh kau delay hantar borang pendaftaran farmasi, hambik, kan dah kena floating. Dushumm dushumm.. -_-" Kalau tak mesti dah dapat posting macam Atiq. Tahniah Atiq. You are officially a Fully Registered Pharmacist now. Hooyeahh..^^

Amende floating tu eh? Secara literally maksud dia terapung. Ok. Bosan seyh. Blah arr. Tak yah baca blog dia ni. Huh. Floating ni kalau bagi prp adalah masa dia dah habis attach kat semua unit yang dia wajib attach, then dia dah cukup setahun as prp tapi still lagi tak dapat posting dan ditauliahkan as frp. Ceh. Giler skema. Tauliah la plak. So, masa tu kira dia tak terikat kat mana2 unit la. But semua tu depend kat management hospital lah in case dia memang wajibkan mana2 prp yang floating ni attach kat certain unit cthnye opd. Sepatutnya, kat hrpz ni dah takde dah episod floating2 ni sebab semua schedule dah di  buat elok2 je bila prp dah abis prp, dia dapat tempat posting. Tapi untuk prp pemalas macam aku ni, yang suka tangguh2 keje, hantar logbook lambat, sure la dapat posting pon lambat. Pheww..Lap peluh..

Ecly dulu aku dah amik pengajaran, nak hantar logbook awal sebab aku pernah tengok senior prp yang dok floating sementara nak tunggu dapat posting. It's not bad actually but still aku rasa tak best bila ada yang kena 'buli' macam hape je dan ade jugak yang bajet berlagak nak jadi bos tak nak buat kerja ape  kalah KPF masa floating. Rilex je baca novel dengan main game. Grr.. aku tengok pon geram. Tupp tupp aku pon kena jugak floating. Takpe. Amik pengalaman. Haha. Ayat nak sedapkan hati. 

So, minggu lepas aku start floating. Dekat satelit. Kerja best tapi sebab terasing dengan geng2 dekat main pharmacy,rasa macam kureng skit nak keje kat sane. Thanks Allah sebab baru2 ni masuk plak adik2 training yang kire aku bleh nak 'kacip' la. Kire takdela bosan sangat.

Khamis lepas aku night shift then esoknya sambung kerja methadone/opd sampai pkul 2.30ptg. Diorang sume kutuk aku busuk. Hahaha.. Tapi aku dah serbur perfume wangi2 dah. Mandi siap2 kat hospital. Mandi P ramlee je. Hahaha. Sengal, tu pon nak cite kat blog. Kena plak pagi tu kerja dengan K yatt, dia dengan baik hatinya belanja nasik bungkus kat aku. I love u lah k yatt..! Risau giler salah dispense aritu sebab takot tak cukup tidur plus perut pon dah kenyang. Nasib baik la takde pape. Balik ptg tu, k yatt belanja waffle plak. Fuhh..rezeki btol orang tak mandi ni. Hahahaha..

Masa kerja malam tu, banyak benda yang aku pikir, aku rasa mood aku pon entah ape je. Rimas betol kalau emosi tak stabil ni. It's really pissed me off.  Especially when i dont know the reason behind it. Masa nak pergi kerja tu pon aku dah rasa lain macam. Mintak tolong adik aku je hantar. Ada sekali tu, masa tu sume orang dah tido, tinggal aku je. At that time, aku nak dispense ubat untuk Paed la, doc prescribed syrup pcm tapi tangan aku g amik syrup benadryl. Amoxycillin yang untuk 5 hari patut bagi 2 botol je aku bagi sampai 5 botol suh budak tu abiskan. Syrup pcm tu nasib baik aku sempat perasan sebab masa nak tulis label tu rasa macam besar semacam je ubat tu. Serius aku rasa lega. Tapi antibiotik tu, aku bersyukur giler ayah budak tu datang balik tanya ubat ni untuk berapa lama. Dia pon pelik kot tengok banyak sangat. I'm totally shocked..! Salah ke?? Aihh..Aku dah kira banyak kali. Kenapa salah plak ni. -_-" Huu..Sungguh aku bersyukur Allah tolong bukak hati ayah budak tu datang tanya balik. Kalau tak, kesian la budak tu.. Then, i promised myself, i wont let my personal problem affecting my work. It will never ever happen again. InsyaAllah..
 
Aku rasa kalau nanti aku dapat Klinik Kesihatan ke, mana2 tempat yang takde active call/night shift macam ni, mesti aku rindu giler dengan kerja ni. Bila lagi kau nak tersengguk sengguk tengok cerita sambil tunggu patient tekan loceng nak amik ubat? Bila lagi nak tidur berkatilkan kerusi? Bila lagi nak jadi kelawar? Suasana kerja waktu malam memang lain banding dengan siang hari. Nak2 bulan puasa nanti ni. Sahur dekat tempat keje. Orang bersiap nak gi terawikh, ko bersiap nak gi kerja.

Arini masa kerja methadone/opd, aku dah berani argue dengan patient. Ikut suka je nak amik ubat tak pergi jumpa doc, takde prescription. Dah la ubat control. Memang aku tak bagi la. Dia siap ugut kalau patient tu meninggal sume cane, tapi apa aku nak buat. Doc sume taknak prescribed, ye la, dah patient tak pergi jumpe doc pon, doc mane nak take the risk untuk prescribed ubat? Dah la patient tu Swedish. Kalau doc prescribed, no hal. Kitorang boley bagi la. Huh. Memang geram habis. Tapi aku argue ikut phone call je. Hahaha. Kalau dia datang face to face, aku tak tau la nak act cane. But i think, for every second, i'll stick to my stand la kan. Hohoo...After all, Seroquel SR (Quetiapine) memang takde jual kat retail pharmacy ke eh??

Tengah2 keje tu, K su cakap dia lapar then nak belanja aku waffle plak. Hahaha. Again..rezeki btol keje minggu ni. ^_^ Malam tu keje dengan k su jugak tapi tak sempat nak belajar banyak dengan k su sebab dia sibuk dengan paperwork sume. Aku suke jugak keje dengan k.su ni sebab dia very knowledgeable and  willing to share it with everyone. Banyak lagi aku nak kaut ilmu express dengan dia ni. Hahaha..Kena cepat sebelum aku atau k.su yang kuar dari hrpz. Uhuk..

Time floating ni la aku rasa peluang untuk aku mantapkan balik semua knowledge sepanjang setahun kat hrpz. Kena banyak2 pergi screening then baru ingat ubat dengan usual dose die. Kalau lama tinggal screening ni, memang la takkan ingat even benda tu IM Diclofenac je yg kena on untuk 2 days  je dengan dos max die 150mg/day. Aihh..malu rasa bila ppf tegur..Bila fikir balik, adeh la. Banyak betol benda nak kejar balik dengan limited time camni.


Eh kau.. dah pukul1. Esok keje la wei..

Nite semua.

Sleep tight..


KahKahKah..=D

Comments

Yokie said…
wah! baiknya ada orang belanja makan. tape la hanan.. i puno pernah buat dispense yang salah i bagi antibiotic untuk 1 month tapi it was for 1 week. lagi bukan case ortho.

Popular posts from this blog

...

Drive kereta automatik guna DUA KAKI dan....