For your own good (and others) , nothing wrong if you become a hypocrite person

Peace be upon you..
Api kerja?? kerja api??
Mari kita buat drama.

Kau berkawan dengan A. Bagi kau, A memang budak baik. Abaikan lah sikap negative dia, sebab kau tahu, kau pon ade sikap negative. So, dalam berkawan, kau lagi appreciate positive attitude A. Negative dia kira halal lah.

Then, kau berkawan jugak dengan B. B pon baik jugak. But, sama macam A, dia pon ada sikap negative dia. Aku tak cakap bad attitude sebab bad is bad, negative doesn't means bad, it maybe attitude yang korang je tak berkenan kat hati. Orang lain cool, rilex je, kau yang lebih2 nak emo. Okey, back then, A pon berkawan dengan B jugak. Cinta tiga segi.. Ehh..ehh kau..

Someday, B ngadu kat kau pasal A. Ahhh..bosan betul kalau dalam friendship ni ade back-biting. Ok lah. Fine. Aku buat ayat baik sikit. Bukan back-biting tapi sesi heart-to-heart untuk meluahkan ketidakpuasan hati. So, sebagai kawan kau dengar je la apa yang si B ngadu. Then, kau tak komen ape. Malas la kan nak jadi batu api neraka. Asal B rasa lega dapat luahkan apa yang dia rasa sudah. 

Tiba-tiba (cehh..macam karangan zaman sekolah rendah la plak main tiba-tiba neh) ada plak C datang story mory kat kau pasal A. Aikk..mana datang C plak ni. Biasa la. Dalam drama mesti ade watak tambahan yang dapat upah air kotak. Lepas C jumpa kau, dia buat kau berfikir. Apa kena dengan A ni sebab dengan kau dia ok je. 

Standard la kan. Selama ni kau tak perasan pon ada sorang kawan tu selalu pakai baju butang senget macam Pak Uda dalam sitcom pi mai pi mai tang tu ( Gila lapuk contoh -_-"), tapi bila ade sorang kawan kau bagitau pasal tu, sampai ke sudah kau ingat setiap kali tengok orang tu. Pastu kena cover2 gelak dalam hati sorang. Wehh...Lari topik dah wehh.. Ok. Ok. Apa yang aku nak cakap kat sini, bila ada orang sebut pasal satu isu tu, baru la kau perasaan realiti sebenar. Yang si A ni memang macam ni...macam tu...cenggitu..cenggini..

Tak lama lepas tu, ko dapat khabar angin, semua negative attitude si A, see sampai saat ni pon aku cakap negative ye, bukan bad, tu kena tempias dekat bos ko. Sampai bos pon dah mark kawan kau tu. Ko pon rasa tak sedap hati la sebab perkara yang dok jadi di kalangan korang je, sampai dekat bos. Bos tu. Orang yang kau kena hormat, salute dan ckp aye aye captain even kau tahu bos kau tu SALAH. Hahaha..

Drama tamat.

* Drama ni takde kaitan dengan hidup aku pon. Jangan gatal nak tanya..Anea, A tu aku ke?? B tu aku ke?? Sekor sekor aku cepuk nanti. Cehh..ingat muka garang ko lawa sangat ke anea? Tak langsung!

Serius. Aku pon prefer untuk jadi diri aku. Lantak la orang suka ke tak sebab kalau buruk pon, tu memang perangai aku. Ko nak kawan dengan aku, ko kena la terima sikap aku ni. Come on. Wake up all. Kita ni hidup bermasyarakat. Ni bukan ajaran nabi, nak buat besar kepala tak nak peduli kan orang lain. Kita kena consider perasaan orang jugak. Especially kawan kita. Yang tolong teman kita makan, tolong teman beli kasut (?? ), teman beli baju (??) , sibuk tanya sihat demam kau. Family lain la. Because they are family. Ni speaking of manusia lain yang bukan darah daging ko.You're gonna catch a cold, from the ice inside your soul. Jangan la ikut sangat moody dan perangai keras kepala tu.

True. Semua orang ada naik turun mood. Aku pon. Aku selalu moody kat adik aku. Especially kalau aku baru bangun dari tido, cari spek aku tak jumpa, pastu dia nak banyak soal plak dengan aku. Hangin sungguh! Then, aku rasa bersalah, sebab what the hell aku nk moody kat dia. Dia just tanya pasni nak keluar g bandar ke? Perlu ke aku nak yell back and buat muka moody at her. SANGAT TAK PERLU. Lepas2 tu, memang aku try la control moody aku. Sebab, ikhlas, ko TAKKAN rasa best pon lepaskan moody kau tu kat kawan or sapa2 dengan perkadaran yang melampau sebab in the future, ko kena face dia jugak. Aku yakin, orang tu akan ingat kau pernah moody kat dia even time tu korang seronok je enjoy makan pizza same. Ingat tapi tak tunjuk je. Semua tu dalam hati dia. You are not God, and you will never know.

Lagi teruk kalau tak jaga attitude sampai dengan bos pon nk keep on adhere to that attitude. Bos, walau sebaik mana pon dia, serapat dan nampak sesempoi mana pon, dia tetap bos kita. Tak kira dia lagi muda dari kita ke, kita jauh lagi comey dari dia ( haha..macam tak perlu pon kan ) or ko rasa kau lagi hebat dari dia ke, STILL dia bos. Dan kau KULI. Take that hit. Kita kena la hormat. Dia lagi tinggi dari kita. Tak boley buat macam dengan kawan. Nak beremo pon agak2 la control dengan bos. Bridge tu tetap kena ada. Bila bos pon tak pandang kau dengan ekor mata, ko nak kerja pon senang. Tak rasa kusut masai bagai. 

Sama jugak dengan kawan. Bila dia tahu ko pandai control emosi, lagi dia rasa kau hebat dan respek ko gila-gila punya sebab only strong people je tahu nak control emosi. Lagi dia akan valuable kan friendship korang. Lagi hari hari dia belanja ko makan. Hahahaha..Win-win situation =P

Oklah. Nak masuk kerja dah. Aku akan jadi hipokrit kejap. Cakap dengan bos pon sopan kalah perempuan melayu terakhir. Cehhh..

Comments

Popular posts from this blog

...

Drive kereta automatik guna DUA KAKI dan....