Baca novel cinta bukan bermakna korang jiwang okey..

Aritu aku mintak cuti dan macam biasa, walau takde kawan yang seangkatan dengan aku yang turut same bercuti untuk aku ajak ronggeng perabis masa dan wang, aku suka pergi KL. Bukan untuk dating dengan yang teristimewa tapi cukuplah untuk luang masa layan anak sedara aku yang lately memang makin banyak modal nak potpet, jumpe adik beradik aku, gosip2 dan makan2 till stomach nak pecah!
Then one day,aku window shopping la skit dengan adik aku. Tempat standard yang korang kena tunggu KTM bapak-lame-tak-hengat-kena-bersesak-berhimpit tu, midvalley -_-" Lepas dah bosan merayap, aku heret adik aku masuk MPH bookstores. Kalau partner berjalan aku okey, memang satu benda wajib aku akan buat, masuk bookstores. Biar tak beli pon tapi aku suka tengok2 buku. Paling common pon, usha magazine..


Pastu aku teringat aku nak cari satu buku ni sebab ade senior aku kat fb dok cite yang buku ni best giler plus sume orang yang komen pon cakap best. Aku takleh, aku jadi curious skit, pekebende la yang best sangat dengan buku ni. Dah cari kat Popular kb tapi buku tu takde lagi. Kecewa dah kat situ. Tengah cari2 tu adik aku tanya aku cari buku apa, then bila aku cakap aku cari novel, author die Hlovate. Dia bantai gelak then cakap kat aku " Nea, mung baca novel ko? Sejak bilo?" Memang cisss laa. Keje nak mengena kakak yang innocent je. Ehem..




Aku borong 4 ketul je sebab adik aku asyik dok quiry sempat ke aku nak baca kalau beli banyak2. So and so, novel ni memang best giler. To all novel fans out there, kalau korang belum baca buku Hlovate, korang memang rugi besar sebab orang yang bukan hantu novel pon boley khatam buku ni banyak kali, then pe hal ko yang melekat dengan novel tak penah baca satu pon ayat Hlovate ni? Pehh..giler plak promo buku ni. Till now, sume buku dia yang aku beli  aku dah pass kat mane2 kawan aku yang boley la kalau nak layan novel. Bukan sebab apa, jalan cerita dia lain dari yang lain, cara dia explain pon memang superb and best giler! Aku nak share jugak la feeling best aku dengan kawan..Thee..



Seingat aku time muda2 baca novel melayu dulu, mesti ade dok puji hensem tinggi lampai hensem kacak bak bla bla bla..heroin plak cantik, lemah lembut bla bla bla. Tapi dalam buku Hlovate ni, aku tak jumpa plak ayat yang puji physical watak2 dalam novel tu. Erkk..ke aku ade terskip page tu? ;P Then, bagi aku, Hlovate dah berjaya buat korang mencintai watak tu without thinking of their physical appearance. Korang boley create seniri orang macam mana yang korang nak.

Aku tak pernah rasa sape2 yang baca novel ni jiwang sebab memang dari sekolah lagi aku a lil bit salute dengan peminat novel. 

Layan nostalgia kejap lah. 

Zaman sekolah dulu mesti ade beberapa orang yang peminat novel, pastu dia la tukang beli, orang lain tukang queue amik nombor nak baca lepas sape. Lepas Timah, Joyah, lepas Joyah Leha plak sampai la entah berapa abad baru buku tu sampai balik kat tuan dia. And i know, tuan dia langsung tak heran apa jadi kat buku dia (asal ade rupa buku lagi, boley laa) sebab dia tau, sume orang akan rasa feel sama yang dia rasa bila baca novel tu. It's worth sharing. Dalam tengah queue tu aku sempat jugak menyelit baca Pergilah Sepi, Ombak Rindu, Surat Terakhir seorang lelaki ( ye kot ni tajuk dia) pastu yang ada perkataan Bulan tu. Ntah aku pon lupe jugak. hee.. Tapi aku tak sempat pon nak baca Legenda Budak Setan sebab tak tahan nak tunggu queue lama sangat. Buku dia pon tebal kan?? Last2 lupa camtu je nak baca buku tu. What a loss..-_-"

Taik idong masin betul nak beli sendiri sampai sanggup tunggu queue baca novel. Tu la korang taktau sisterhood budak2 asrama, lagi lama korang tunggu, lagi buat korang rasa best giler bila dapat baca novel tu. Ibarat korang suka kat sorang lelaki best, punya lame korang tunggu, tak buat pape, u just hope that he will be yours someday, so, korang tunggu je, akhirnya dia datang kat ko. Pehh..mesti rasa suke giler.. Ehh..Ehh  lari topik dah.  Hahahaa...

Tapi yang paling aku salute kawan2 and senior aku yang baca novel omputeh la. Masa tu tiap kali aku tengok diorang pegang novel english, time tu jugak aku rasa diorang baca dictionary -_-" Tapi lepas aku pinjam novel omputeh dengan yuslailli, aku paham dah, kenapa baca novel omputeh pon memang best jugak! No wonder why their english is good..

Orang laki la kesian, sebab mitos dan ideology yang dok cakap sapa baca novel mesti jiwang, sume pakat tahan diri je dari nak baca novel. Padahal kalau takde sape2 tahu, nak jugak korang baca novel tu kan? Curi curi baca jugak novel yang adik beli dalam bilik. Haha. Takpe2, korang kan kaum yang ego dan kalau boleh nak orang nampak hebat je dalam sume benda. Tak lelaki lah kalau baca novel ni. Whatever...

 Happy holiday~

Comments

ila ni said…
wehhhh hlovate meme la 1st class!! erhhh imaginasi dio stok2 imaginasi kito time skoloh kae kae? hahah
Anea_hayati ♥ said…
a ah..btol tu ila. meme pk scipp la bilo bc tunas tu. haha..koya! ;p
btul, sy suka novel tp sy bukan jiwang, cuma jiwa sy lembut n romantik kot huhuhu ;p

Popular posts from this blog

...

Drive kereta automatik guna DUA KAKI dan....