Aku Takde Kawan, Takde Boyfriend dan Takde Adik

Sorry la geng, aku tahu korang sume kawan terbaik aku, (tak nak buat list, kang ade yang merajuk sebab aku lupe nak state nama dia kat sini) Korang jangan terasa plak aku cakap camni. Sume ni berlaku sebab aku yang memang ikut suka je amik off pastu merempat sorang2 kat umah kakak aku without apa2 tujuan murni. Hahaha. Aku tau korang sume workaholic abis bab2 keje (boley baca dengan nada sinis dan perli kalau korang tak suka) Hahahaha So aku tak nak la push korang untuk amik cuti jugak semata mata sebab aku dapat cuti.

Boyfriend? Takde sape2 nak terasa pon. Lega.

Adik aku? Biar lah dia nak terasa pon. Air di cincang takkan putus. Lagipon dia tengah busy dengan study. Blog aku pon dia tak sempat nak bukak even dia dah bayar broadband dia. Hahaha

Lepas Subuh pagi tadi, aku try nak tido balik. Hell yeahh. Bukan senang nak dapat off pastu habiskan masa sia-sia macam ni. Heaven giler..! Tapi malangnya, mata aku tak leh lelap plak. Hampeh btol. Kalau kena pergi keje, bukan main galak setan dok bergayut kat kelopak mata goda2 suh aku tido balik. Setan kao setan! 

Then aku kelip2 kira kipas berpusing dalam gelap *okey tipu* sampai la adik aku ( yang lelaki, aku nak adik pompuan aku ) datang kacau nak pinjam laptop dengan broadband. Aih..takley nak online plak. Then, aku pasrah lagi. Berusaha untuk tido.

Pastu aku belek handtelefon aku. Suram je, Takde miscalled, takde message. Bosan btol. Kalau ade boyfriend, maybe ade message dia tanya aku dah Subuh ke belom, aku nak buat ape arini, paling comman pon, wish aku have a nice day..Cehh *pergilah kau mimpi ooiii* Pastu, aku campak tepon tu kat hujung katil. Konon merajuk dengan telefon. Tengah berkira kira aku nak buat ape arini..tibe2 aku ZzzZZzzzzz..Belayar~

Aku tersedar balik bila ada suara halus panggil nama aku. Ehh.. Hantu ke.. Euuwww..seriau aku. Meremang bulu roma pon ade jugak. Cik nea.. Cik nea.. Halus.. Menyusup sanubari. Aku pejam mata aku rapat2 lagi. Cuak! Cik nea.. Cik Nea.. Makin dekat aku rasa, then tiba2 aku terpaksa bukak mata dek tumbukan 'bende' tu kat muka aku. Nasib baik kecik, kalau tak memang lebam laa. Anak sedara aku muncul. Cehh. Budak kecik ni dah bangun rupenya. Cik nea..cik nea.. Nak main game.. Aku dah tau dah, takde benda lain punye, mesti nak iphone aku. Ehh.. kao dah pakai iphone ke anea?? Hahaha. Believe it. Aku pon tak percaya aku boley buang rasa sayang kat nokia artifak boley humban dalam muzium aku tu. Well, people changed, so do i. Ehem..

Pastu, walau aku tau aku memang takde benda nak buat, aku bangun jugak. Tak larat dah nak tido. Layan anak sedara aku potpet, main gocoh2 ngn aku, main geletek2. Aii..budak2. Terisi jugak masa aku. Then, time die syok dok kerjakan iphone aku, aku baca buku skit, pastu terlelap lagi. Hahaha. Lepas tu aku realize, memang aku ni mintak off semata mata nak datang tido kat KL ke eh? Besar kemungkinan macam tu la. Haha. Mar, jangan jeles =P

Bila yang seketul lagi balik dari tadika, lagi la kecoh. Sibuk nak main game Dora. Terpaksa la aku mengalah dari nak online sebab nak bagi dia main game. Last2 aku tersedar..( Ehh..bila masa kau tido ni..?? Hahhahahaa) bila budak tu kejut aku sebab internet dah teroffline. Oh..aku lupa nak cakap. Dia main game Dora online. Oh..Anak sedara aku tu umur dia 5 tahun. Hebat kan. Aku besar die dulu main masak2 je..Takpon lompat getah. Gila advance budak2 sekarang. Tak masuk U tak tahu la.

Lepas bosan taramkan laptop aku, dia sibuk nak menulis. Cik nea, spell Amira. Aku pon dok A.. M.. I.. R.. A.. dengan dia. Memang jadi childish abis kalau dengan budak2. Tak cukup dengan Amira, nak suh aku sebut cane nak eja Nurin plak. Aihh.. pas sorang2 nama friends die nak suh aku eja. Tulis reti tapi nak eja tak tahu lagi. Comey giler. Again. Budak2. Buat ape pon comey. Tapi orang tua nak buat perangai budak2, sumpah tak comey! Aku takpe, aku tak tua muda lagi. 

Lama aku fikir, best jugak kalau ade sorang pon takpe kawan aku yang available. Boleh heret pergi main archery, main ice skating kat Sunway Piramid. Lama tak pergi cari pasal kat situ. Amik dua tiga das lebam, pastu blah ar. Kantoi, bukan reti skating pon -_-" Tapi lepas tu aku rasa takpe laa, asal aku dapat rehat jap dari environment keje pon jadik ar.

Sedar2 je matahari dah nak terbenam. I was like..Owh..cepatnya masa berlalu tapi cakap dengan takde perasaan. The awkward moment: You will be amazed how you love boredom. Tapi aku tak kisah. Macam yang aku cakap kat Mar, ( Mar, asyik nama mar je yang kuar, hahahaa) I'm a person who can adapt dengan kebosanan. Fact or not. We'll see la kan. 

Tinggal esok sehari je. Transformers: Dark of the Moon release esok la plak. Aku aim nak tengok yang 3D punye tapi penuh yakin la esok mesti aku tak sempat nak tengok punye. Pasrah lagi. Aiih Tok Guru, buat la wayang kat kelate satu. Asing laki pompuan pon takpe, janji ade satu skrin besau sampai nak kena dongak kalau nak tengok cite, lengkap dengan sound system yang boleh kasi pekak telinga dan rosakkan Eustacian Tube orang. Hohoo *berangan lagi minah ni*

Nasib baik ada blog. Bleh jugak nak membebel kat sini.

Sampai 2 entry sehari. Nampak sangat kau tengah bosan Hanan Hayati. HAHAHAHA.
Ehh.. Nama aku dengan HAHAHA memang sangat sinonim. Baru perasan -_-"

So true..

Comments

shifaa said…
anea :(
sorry x dapat nak spend time together, rase terbuku sangat..al maklum la shifaa menumpang orang mase tu...huhuhuh
Anea_hayati ♥ said…
shifaa...

ololoo..xpe2. next time kite try cari masa lg nk spend.

Plus dpt jumpe Hawa, lagi la rs byk bende nk borak sbnrny, tp segan kt bf hawa yg hensem sgt tu. HAHAHAHAHA

Popular posts from this blog

...

Drive kereta automatik guna DUA KAKI dan....