17June, semalam Hari Bapa ke? Hurmm..Meaningless hari bapa..

Semalam keluar makan dengan geng2 prp. Tengah borak2 tu, Hawa cerita pasal dia bagi hadiah kat ayah dia ( Sorry Hawa, cite pasal Hawa kat sini plak..). I did envy her. Salah satu benda yang aku regret dalam hidup, aku takde peluang nak bagi hadiah kat arwah abah. Sounds like duniawi tapi lumrah la kan bila kita sayang kat seseorang, kita rasa nak bagi something kat dia. As the way we treasure them, we value them, we appreciate them, we love them..

Time abah ada, aku just mampu hantar kad je. Handmade Happy Father's Day card yang aku buat time prep. Then, post kat umah. Maklum la, budak asrama memang advance bab bab Mother's Day, Father's Day ni. Feeling and sensitivity towards benda2 macam tu lebih sikit. Then, bila balik umah, nampak ayah aku simpan kad tu kat dalam almari. Rasa bangga sebab dapat bagi. But, bila dah besar, bila dah ada duit sikit, aku rasa terkilan sebab tak dapat nak share semua tu dengan arwah ayah aku. Tak sempat nak beli jam mahal2, nak beli kasut mahal, beli baju baru, seluar baru and even give him a chance to ride my car. Aku tau, if he was still here, he wont hope for that. Tapi aku nak, nak dia rasa kesenangan hidup sebab besarkan 7 orang anak dia. Then aku realized, aku redha, Allah sayang dia.

Sebab tu, aku selalu pesan kat diri aku sendiri, kalau la future husband aku sanggup nak membelakangkan family dia sebab aku, aku sanggup paksa dia tinggalkan aku. Sapa aku ni sampai dia sanggup nak abaikan family sendiri. Selagi ada peluang nak berbakti dekat ayah, dekat mak, dekat adik beradik, take that chance, and u wont regret it. Tak rugi. Serius. Mungkin kau rasa harta kau makin kurang (still, rezeki di tangan Allah kan??) tapi berbaloi baloi dengan peace yang korang dapat. Dan mungkin, kau takkan rasa apa yang aku rasa ni..


Apa yang aku mampu sekarang, doakan kesejahteraan dia kat sana. Semoga Allah jauhkan dia dari azab kubur dan tempatkan dia dikalangan orang soleh.

Patah tumbuh hilang berganti tapi yang ganti tak kan pernah sama dengan yang patah..

I miss him badly, without noticed, aku moody semalam dan mula keluarkan statement mengarut tak logik akal. Sorry to anyone yang terasa dengan aku semalam..

Comments

Anonymous said…
bukan ke, doa dkt kedua ibu bapa tu, hadiah yg paling best? sbb harta semua tu xdpt bwk, cuma harapkan doa dari anak2..klo anea dh doa n sedekahkan yassin byk2, insyaAllah arwah trsenyum sbb lega dpt daripada anak kesayangan..be strong!

p/s: lately entry anea sume ade pasal "future husband"..ehem2..hahhaha
Anea_hayati ♥ said…
Alamak Un-Known-ni-mouse, perlu ke nk highlight bab future husband tu. Urghh..hate lah !

Popular posts from this blog

...

Drive kereta automatik guna DUA KAKI dan....