Bukan senang nak jumpa lelaki berJURUS zaman sekarang, so, kalau jumpa dan dah bersedia, baik anda TERUS TANGKAP!!

Panjang maut tajuk ni. Tak ley blah..

First ward yang aku attach untuk Ward Pharmacy dulu adalah female surgical ward. So, rata rata patientnya, bukan rata2 tapi sume patient is bergender FEMALE lah kan. Nama pon female ward. Ape la..Yang masuk situ adalah mak orang, nenek orang, isteri orang, anak perempuan manja daddy, adik pompuan abang, kakak orang, makcik sedara orang, makcik dua pupu, moyang, opah perempuan, semua semua lah. Masa ward round dengan Pharmacist ward yang aku attach, dia bagitau aku..
" Nanti awak mesti perasan something" 
By the time she said that, aku tak perasan pape pon, maklumlah, 1st day masuk ward, muka blurr tahap cipan kaler biru pink, dalam kepala otak pikir, ape malang nasib aku nak kena masuk ward and kejar target berlambak haram bukan senang nak achieve ni...-_-" Pastu dia pon tunjuk kat satu patient ni.Umur dalam lingkungan 50-an nak dekat 60-an lah..

As usual, dengan ala ala bajet innocent, aku tanya balik kenapa??? Dia tanya aku balik, amboi, memang main aci tak puas hati la aku asyik tanya dia balik je.Macam biasa, jawab soalan dengan soalan. Hahaha..
"Apa yang awak perasan kat patient tu??" 
Pelagi, dengan muka serius aku cuba memenuhi kehendak skema jawapan dia, 
" Emm...tengok makcik tu xde la kronik sangat, conscious lagi. Can tolerate orally because not on Ryle's Tube Feeding or no TPN, for the diagnosis, (sambil tangan laju laju nak belek BHT)...
Papp..!!dia tepuk bahu aku..
"Bukan laa..iskk awak ni.." 
Again, aku buat muka kompius dengan ape ni ape ni..aku tak paham..Then, dia pon cakap..
"Tengok la betul betul, compare la dengan patient lain kat tepi dia tu.." 
By second, aku realize, kat tepi katil makcik tu ade seorang PAKCIK, which is suami dia, tolong lipat tuala, kemas barang makcik, urut2 lengan makcik. Aku bajet makcik ni baru lepas mandi or pakcik ni baru lepas tolong lap badan makcik ni, bagi dia segar. Then aku notice, cantik bukan main makcik ni, siap pakai bedak habis putih satu muka, pakai lipstik merah macam makan sireh. Lepas tu aku tengok kat bed belah kanan makcik tu, tepi katil patient tu ade perempuan, toleh pulak kat belah kiri, tepi bed patient tu pon ade pompuan, muka aku dah rasa panas. Darah dah berlumba lumba pecut 100meter naik kat muka..otak dok pikir..betul ke ni..betul ke ni. Mata tanpa kawalan, terus tinjau kat kawasan sekitar..Betul la!! Most of the guardian is PEREMPUAN jugak!!

Bila anak sakit, mak tolong jaga. Kalau kakak sakit, adik pompuan yang tolong jaga. Kalau nenek sakit, makcik jugak yang jaga, kalau bini sakit, mak mertua yang tolong tengokkan..See?? Mana pergi anak lelaki, husband semua? Takkan la semua wanita yang masuk hospital tu dah takde suami.
Then, we jump to the conclusion, BUKAN SENANG NAK DAPAT LELAKI YANG CARING DAN BOLEY JAGA KITA MASA SAKIT..Terus, aku rasa hati aku berat, padat..cardiomegaly, hepatomegaly -_-"

                                                                                                                                                  

Minggu kedua, aku attach dekat ward Medical Male pulak. Masa tu aku dah lupa pasal ni sebab aku sibok dok kejar CP1, CP2, buat counseling, nak prepare case discussion, so, for girl jenis short-term-memory-loss cam aku ni, memang haru la. Masuk hari ke tiga dok merayau kat wad tu, out of sudden aku start sense something, but something not fishy, not also chicky, far more meaty. One time tu, aku tengok kakak tu, suap betik kat husband dia. Betik ko tau, buah yang lembut  yang kalau ko totally takde gigi tinggal gusi pon ko boley makan dengan nikmat sambil tutup mata berangan di kayangan. Tapi ape kakak tu buat, die potong betik tu, sebab lupe bawak pisau kot, die potong kecik kecik dengan tangan dia, pastu suap kat pakcik tu. Romantik gitu..Padahal aku tengok pakcik tu sihat je, takde la teruk sangat, lepak je borak dengan pakcik lagi sorg kat sebelah. Speaking of which, pakcik yang tengah borak dengan pakcik yang bersuap suap betik tu pon, ada wife dia yang tengah urut kaki. Terus aku rasa macam..macam..tergamam..hebatnya kasih sayang wanita ni..

Bila buat CP1, medication history taking, kadang kadang kita kena la jugak interview guardian patient tu. Then masa tu aku tau la, makcik tu jaga anak dia yang sakit, makcik tu jaga suami dia, kakak tu jaga atuk dia, pendek kata, panjang pon setuju dengan kata pendek. Kasih orang perempuan ni, tak berbelah bagi. Tiada ganti. Bukan nak cakap orang laki tak penyayang tapi susah nak jumpa yang betul2 sayang dan care kat kita,especially masa kita susah, masa kita sakit, masa kita berada dalam worst condition ever. Wallahualam..Kuasa Tuhan semua tu..

                                                                                                                                                  

Then, aku attach jugak kat High-Depency-Ward, ward yang agak critical jugak la. Masa tu pon still boley tengok, yang jaga patient kat dalam tu jugak bergender FEMALE. Tapi ada jugak sorang makcik bertuah ni, dapat husband yang baik dan sayang kat dia. Jeles i dengan makcik tu. Sebelum ni dia memang NBM, makan ikut tube je, when the  doctor allowed makcik tu untuk makan macam biasa, si suami ni memang excited abis. Ala ala nak melompat yeehaa yeehaa andre andre dah aku tengok gaya dia hepi tu. Ye la, bini makin sihat kot. Dia la suapkan makanan kat makcik tu. Masa tu aku tengah clerk patient tu, dengar la bini dia ngadu cakap tak ley telan makanan. Pastu, aku tolong pakcik tu rendah kan katil, so that xde la tinggi sangat kepala dia. Baru la lega pakcik tu tengok wife dia makan dengan selesa..Again, aku rasa syahdu je..Karang aku sakit, suami aku nak jaga aku camni ke? Kot die mengenyah cari pompuan lain ke..Memang tak dulik aku ke..Terus aku berdoa, xpe Ya Allah, tak hensem pon xpe lah.* Tiba tiba*..Haha

                                                                                                                                                 

Bila korang dah bersedia, dan korang jumpa lelaki baik, jangan tangguh tangguh. Tangkap, terus bela dalam akuarium. Ehh..tiba tiba jadi ikan. Hee..Buat lah definisi LELAKI BAIK korang sendiri macamana, kalau bagi korang baik tu sebab dia dapat bagi kete BMW, maria Mercedes ke, rumah istana banglo ke, tu semua depend dekat hak masing masing lah. Aku takley nak kata ape kan.
Dan lelaki, jangan korang fikir korang ni TAK BAIK kalau orang yang korang suka tu tak suka korang balik, just think positive, mungkin dia belum bersedia. Ahh lelaki, complicated jugak sebenarnya..

Meh, aku belanja korang karok lagu ni.

Pelengkap Hidupku, Eren feat Romi (Adik aku yang dok pasang lagu ni sokmo, sampai aku pon jangkit karok dengan dia)

Sambil tu tarik sorang rumete korang, ajak duet, sorang jadi Eren sorang jadi Romi.Ewaahhh.. Hahahaha

Dengar tau! Paksa rela korang dengar..^^

Comments

Anonymous said…
skang ni byk je laki berjurus..jgn riso la..

nk yg jurus cmne? jurusan seni ade, jurusan ekonomi ade, jurusan sains ade, jurusan perubatan ade..

klo nk yg power sket, pilih la lelaki pandai bersilat..semua jurus die tau..

xcomplicated sgt kan laki ni? hihik
Haziah Salleh~ said…
hanan!! aceli aku prasan gak bnde nih hehe

HUrm aku rse yg akn jage istri ni bile lelaki tu x kerje kot. Aku jmpe rmi je suami2 yg teman amek ubat, jenguk kt icu.. YG klaka leh lak gado dpn aku sal ubt haha
Anea_hayati ♥ said…
anonymous: Isk..mcm2 lah! jurus tu JURUSAN..
Anea_hayati ♥ said…
Hajiah: kdg2 aku pk positif gak, laki diorg keje cari duit nk sara femly..^^
anea, sy rasa la kan, post ni mcm tuju ke saya je wakakaka. Sbb nya, masa wife sy dlm hospital, sy la yg teman siang n malam smpai pernah xtido 24hours. Adakah sy masuk dlm kategori berjurus jugak hihihi

Popular posts from this blog

...

Drive kereta automatik guna DUA KAKI dan....