Bermula dan Berakhir

Salam hari Jumaat friends. Tenang je kan kalau hari Jumaat ni..=)

Baru balik dari hospital. Tak la. Aku tak keje arini tapi saje gatal kaki dan tangan nak pulas stereng dan pijak pedal kete drive gi hospital. Dapat jugak clerk satu case dan setelkan sikit sebanyak buku log. Untung jugak jadi gatal hari ni.. Syabas bette!

Well, ape yang aku nak story kat dalam entry ni bukan pasal aku pergi hospital tapi nak share feeling aku sikit. Nak tanya la kan, dalam seminggu, berapa kali korang baca Quran lepas solat Subuh? Dalam seminggu, berapa juzuk dah yang korang sempat khatam? Syabas kalau korang memang tak tinggal baca Quran tiap2 hari. Tapi aku tak, aku taksub dengan duniawi sampai dalam seminggu, mungkin sekali je aku sempat baca Quran lepas solat Subuh -_-" Astaghfirullah. Betapa lalai kan?

Dulu time blaja kat u, almost everyday, aku tak pernah tinggal baca quran lepas Subuh. Satu muka pon jadi la kalau mata dah berat gila rasa nak tidur balik lepas Solat Subuh. Hahaa..kantoi di situ, aku anak dara yang tidur lepas solat subuh. Okeyh,kembali kita. Time kat u tu aku rasa rilex arr, lewat gi kelas sikit takpe. Kena gi awal pon kalau kelas lecturer yang memang anti dengan budak2 datang lewat, baru aku and the geng kelam kabut sikit bersiap awal gi kelas. Tu pon kadang kadang lewat gak! hahaa..Kalau dah geng otai tu, otai la ^^ So, masa tu, kalau kelas pukul 8am pon, 755am baru nak gi klas, memang sempat la. Kelas dekat, tambah pulak naik kete. Oyeah yeah pop yeh yeh la. Sebab tu kalau terbangun lewat pon, sempat lagi nak curi masa baca sikit Quran pagi pagi.

Tapi, bila dah masuk alam pekerjaan ni, aku rasa pagi berlalu dengan sangat pantas sampai aku rasa nak duduk kejap baca quran lepas Subuh pon aku tak sempat. Ye la..Aku bukan macam korang, azan Subuh je terus bangun solat subuh, dan la nak ngaji, pastu boley siap2 gi keje, masak nasi goreng buat breakfast bagai. Aku ni kira standard la, bangun Subuh 6.30am. Kalau tak penat, terjaga awal sikit. Tu pon setan galak goda aku suh tarik selimut sambung tidur balik. Celaka kao setan! Realitinya, bila dah kerja ni, kena gerak awal, nak elak trafik jem, cari parking, pastu make sure punch card pon on time before pukul 8. Bukan zaman belajar lagi dah, lewat sikit pon takpe.

So, untuk orang orang yang macam aku ni, orang yang jenis liat sikit nak bangun pagi, aku terfikir, cane nak buat untuk pastikan, setiap pagi, ade sarapan rohani untuk aku, bukan setakat dok sumbat kat perut je. Then aku dengar tazkirah pagi, ( mak aku selalu pasang tazkirah pagi ni so masa iron baju tu aku curi curi dengar la jugak) ade ustaz tu cakap ( lupa nama ustaz tu) , takpe kalau kita tak sempat baca, sekurang kurangnya, kita dengar ayat suci tu. Tetap dapat pahala. Tetap dapat ketenangan jiwa.

Then ( banyak pulak then kali ni) aku terpikir, tiap tiap pagi on the way nak pergi kerja, aku dok lalok pasang hitz.fm je. Dengan lagu omputeh tak pon dengar Jayjay and Rudy ralit dok buat Gotcha call..Macam ntah pape. Dah la subuh tadi tak sempat nak ngaji, pagi plak dok melagho gitu. Macam takde usaha langsung nak dapat rahmat Allah, nak cari keberkatan hidup.Then aku pikir lagi ( aicehh,,memang banyak then), better aku dengar orang ngaji dari aku dok melayan lagu camtu.

So, aritu, sempat la jugak aku beli CD surah surah pilihan. Alaa..korang toksah nak tipu la. Kete korang sume canggih manggih sekarang. Kalau dah ade Al quran versi mp3 kat laptop korang tu, copy je kat pendrive,  pasang la pagi pagi. Tak rugi pon. Time tu la jugak korang boley hapal surah2 lazim, baru la time solat, bukan dok baca Al Fatihah dengan Surah Al Ikhlas dan An Nas je sampai sudah. Malu nanti kat anak bini kalau korang jadi imam, asyik dok ulang surah tu je..

Kenapa aku rasa penting sangat kita dekatkan diri kita pagi2 dengan ayat2 Allah? Sebab time tu la kita nak mulakan hari kita, mane tau tengahari tu Allah dah 'panggil' kita, mana tahu petang tu kita dah koma ke ape, Nauzubillah tapi kita tak tahu semua tu. Bila pagi pagi fikiran tenang, Allah dah bagi keberkatan, urusan duniawi jadi mudah, ukhrawi InsyaAllah dapat barakah. Aku bukan ustazah, bukan jugak terer bab bab agama ni tapi aku just nak share apa yang aku rasa. As a muslim, once korang rasa lost, korang akan terfikir, kenapa korang lost, kenapa hidup serabut je, kenapa buat pape pon rasa tak tenang? In the end, korang akan balik kepada Yang Maha Esa.

Aku pon muda belia lagi. Aku faham benor la, life is empty and tak fun without music. So, balik keje tu, korang pasang la balik lagu2 kegemaran korang tu. Bukan nak cakap, dah lupa diri terus, tapi, hiburan pon kena ada jugak. Ye tak?

Malam malam plak, sebelum nak tidur tu, korang pasang ayat quran plak kat laptop. Bukan nak bajet tidur dalam keimanan tapi iskk..cane aku nak cakap eh, korang rasa selamat la kalau tidur di iringi ayat quran camtu. Mane boley weh, takkan nak pasang laptop dari malam sampai pagi. Meletup laptop aku. 5ribu tu aku beli. Eleyy yang korang dok download cerita pagi petang siang malam tu takde plak nak meletop laptop kau. Ade aje excuse ko eh. *Tibe tibe nak cari gaduh* Boley je sumbat mp3 ( tu pon kalau ko da transfer ayat2 quran dalam tu). Benda senang, ade aje nak buat jadi susah., Manusia ni memang!

Eh..ni bila aku asyik dok cakap dengar orang ngaji, kang tak pasal pulak quran korang berhabuk. Adoiiii,..baca la jugak. Pahala orang yang baca lagi banyak dari tukang dengar. Ni aku cite in case la bila kita dok sebok cari duit, kesuntukan masa nak baca. Walaupon sepatutnya KENA CARI MASA UNTUK BACA QURAN..

Jom sama sama menjadi generasi Al Quran, dan mengamalkannya..^_^

Comments

apip said…
jay jay ngn Ean da skrg ni... rudy da g Red.fm dah~~ heee
Shahmin Hasan said…
moga Allah tolong umat Islam (aku dan kamu) agar pandai baca al-qur'an, suka baca al-quran, rindu akan pengajaran yang ada dalam al-quran.. kalu wahyu Allah tak diutamakan, nak harap ke hok mano lagi..
eizaf said…
betol... sgt2 setuju....moga kita semua tidak lalai dengan keindahan duniawi....
Mar said…
btol la, frequency skrg smakin kurang.. mmg la bz keje tp keje tu kn rezki Allah gak yg kasi -_-'
~aifaA~ said…
ok...sy sgt la insaf..tp sero insaf time bc ni jh kot..huhu dasatt!!
2la...sy pom bnyk mgu dh xbc Quran..slalu bc lph nngorik...sbuh tdo..huhu
ni sb lph period..jd mlh dh g2 sb tgl ngaji dle 7 8 ari dh kea..hee...keno stat blik ni...
mutiara bd said…
Rasanya ustaz zahazan.. Kuliah tafsir 15 minit tiap-tiap pagi kecuali sabtu ahad. BEST.. ^^

Popular posts from this blog

...

Drive kereta automatik guna DUA KAKI dan....