Give and Share

Masa zaman sekolah dulu-dulu, saya ade duit 15ya. Pastu, adik saya cakap dia tak cukup duit plak. Lupalah dia nak buat apa duit tu. Then, saya dengan baik hati konon kakak yang bagus pon bagi la 10ya. (Takpe, aku dok asrama, bukan guna banyak duit pon, makan minum sume gomen yang support, nak beli topup bukan pakai hp pon zaman tu, tak macam budak-budak sekarang, tadika pon da ade iphone! Seingatnya, time tu cuti or weekend la, lepas tu, ade maksedara yang datang melawat. Before dia balik, dia bagi duit. Ingat 50 hinggit, tak sangka ade dua keping note 50! rm100 you. Betul la kan Allah janji, kalau satu benda yang kita derma, 10 kali ganda Allah balas. Ni baru duniawi, tak kira lagi ukhrawi cane. Subhanallah.

Dari dulu saya memang jenis suka withdraw duit 'banyak' sikit. Malas nak g atm. Banyak dalam erti kata yang bukan sampai habis duit dalam akaun saya withdraw! Omakkaooo..nak belanje ape gituh. Banyak yang saya kira cukup untuk cover kalau tiba2 ada emergency. Pastu pepandai la nak belanja dan sembunyi2 duit (pastu lupe letak mane -_-")

Bila dah kerja ni macam automatik pulak jadi banker mak kat umah. Heh..kira mak saya dah tak payah nak cucuk duit ( 'Cucuk' je kat aku :P ) So, pagi dia mintak, saya bagi mana yang ada, petang kalau dia mintak lagi, saya bagi lagi mana yang boleh. Boros giler mak aku. Borong emas ke hape -__-? Haa..Tak la. Sekarang ni tengah renovate rumah, so kalau ade yang nak kena topup pape, saya la yang cover skit2.

At the end, dari banyak2 fulus yang diwithdrawkan, tengok2 dalam purse sampai tinggal 50hinggit je. Aiceh..macam da lari bajet @_@ Tapi sangat ajaib bila 50ya tu boley buat belanja sampai 2 minggu dan tak payah nak withdraw duit sebab tak cukup dan sampai duit gaji pon da abis! Less is more. Walaupon sikit, kita rasa banyak dan 'cukup'. Yes. Cukup yang tak akan buat kita resah gelisah sebab duit tengah tak cukup. Hohh..ayat sangat deyy tambii la plak aku ni. Well, that is the feeling, perasaan tenang. Takde la pening pikir nak saving sebab da overbudget ke hape. Bila purse tengah 'leper', dan dan lunch ade orang makan jamuan, dan dan ade orang bagi nasik sebab lebih program ke hape. Minyak plak ntah pasal ape, lambat plak nak turun bar dia. See, Allah sentiasa permudahkan urusan kita bila kita memudahkan urusan orang. InsyaAllah.

Sekarang ni dah keje, da 'pegang' duit sendiri. Dah kena belajar financial management, bijak belanja, buat saving untuk masa depan so that end of month sebelum nak masuk gaji baru, gaji lama masih berbaki dalam akaun. Untuk yang solo, mesti syok shopping bagai. Yela. takde tanggungan anak bini lagi. Paling2 hebat pon, nak bagi kat mak bapak. Maybe ade yang cukup bagus amik alih tugas mak bapak diorang tanggung adik2 belajar. Yang ni, saya memang salute lah. Satu lagi kepuasan, kepuasan sebab kita give and share. Bukan kepuasan sebenarnya, tapi adalah nikmat dan rahmat yang Allah bagi bila kita sharing rezeki yang Allah bagi kat kita, yang mana, ada bahagian orang lain jugak dalam tu. Tau, memang ramai yang berjimat sebab yelahh..nak kahwin kan. Sape taknak kahwin wooiii..Sunnah Nabi tu. Tapi, belanja kahwin sekarang makin menjadi jadik melampau mahal nak mamp**! So, tak pelik la kalau orang nak saving kaw kaw punye. BUT, tak salah, tak rugi pon kalau dalam pada berjimat tu, kita 'kongsi' apa yang kita ada untuk orang lain.

Seriously saya heran kenapa orang laki, aka ayah2 kita tak merungut dia kerja penat2 siang malam tapi duit bagi bini, bagi anak2. Berapa percent je guna untuk diri seniri, mostly guna untuk tanggung family. Sebab diorang rasa perasaan ni. Perasaan menjadi orang 'berguna' dan boleh diharap. Menjadi orang yang boleh bertanggungjawab. ( Lelaki sekalian, korang setuju tak dengan hujah ni? =P ) Lelaki mungkin rasa down dan loser kalau dia tak leh nak support orang tersayang dia sebaiknya. Sebab tu dia tak kisah kalau dia berhabis untuk anak bini dia. Bangga lagi adalah. Bangga yang bukan riak okey..(Yeayyyhh.untung aku dapat genetic XX..hahahaa..Tibe tibe *_*) Well, pointnya, saya boley paham dah perasaan ayah saya. Perasaan tak rasa rugi pon kalau 'makan' ramai ramai. Kita boley rasa, diri kita ni valuable, bukan untuk diri kita seniri, tapi untuk kebaikan dan kesenangan orang lain jugak. 

Sama-sama lah kita 'makan' beramai-ramai. Lets give and share, not just give and take. Semoga mendapat keberkatan dari Allah. Wallahualam..

Comments

Anonymous said…
oh..post kali ni seperti penampakkan yg tuan punya blog adalah mesen atm brgerak..

tuan blog,aku pon mahu 'cocok' duit dkt kamu jugak buleh??

*wink2* ngee~
anea! nak duet!! nak nak!! *sambil lompat2 puteri remaja islam riang gembiar*
Izaty Arha said…
hehehe. sape tu yg nk mencucuk duit anae tu. yea, berkat duit bagi kat mak ayah n family, membuatkan kita jadi murah rezeki. semoga kita semua sentiasa murah rezeki
Mar said…
sgt setuju! ;)

Popular posts from this blog

...

Drive kereta automatik guna DUA KAKI dan....