Keje ni saya suka...^^

Sekarang ni tengah on call. Bila patient takde, curi2 masa sikit tulis blog. Ewahh kau hanan, makan gaji buta ke ape?? Ni bukan makan gaji buta tapi tengah makan gaji time orang lain dok membuta..-_-" Syoknye tido!Tibe2 la plak~

Arini first day attach dekat OPD. Ohh OPD, rakan2 sure sedia maklum workload dekat OPD cane. Dengan polisinya untuk bekerja cepat dan tepat. Bapak ah busy amat saya arini. Tengahari kena buat LBD -lunch break-duty. Kena pergi jumpa Pn untuk discuss journal club, pastu petang kena duty untuk dispense dekat unit psychiatric. Psycho abis aku! =( Lagi lazat, petang tu saya off sebab malam kena on call, so memang automatik la petang untuk hari berkenaan tu off. Haru je nak kena cari pengganti.Sobb sobb..kena marah lagi sebab before ni 'escape' dari OPD without appointed any substitute sebab tak tahu pon kena duty dispense dekat psychiatry for this whole week. Ceq taktau la nooo.. Ingat ceq suka sangat ke abai keje. Huhh..marah ni..

Ok. Macam terkedek kedek berlari naik ward jumpa Puan untuk discuss pasal journal club, da setel, tak plak terus balik tido sebab sempat g melawat pak sedara dalam ward. Pkul 3.30ptg, baru la sampai umah. At last! Sampai umah, tak terus tido tapi TER rajin g basuh baju plak..Alahaiii..nak buat cano..Dekat asar camtu baru lelap. Weekend ni kena kerja lagi. Screening weekend. Pastu, ahad ni nak kena present untuk journal club. Itulah, ingat lapang sebelum sibuk kan? Tupp tupp. ahad tu, dan dan plak la saya kerja petang. Aiseymannn..Jangan hancus presentation tu sudeh. Amin * Berdoa*

Kenapa saya escaped OPD?? Haa..ni la.Sebab aritu cuti g kL berjoli moli..hahaa.Takla.KOnvo weh..Konvo. Saya attach dekat cawangan penguatkuasa farmasi time konvo tu, so, Pn suruh ganti kalau cuti. Terpaksa la seret sikit hari dekat OPD.  (Selepas menagih  simpati, nak enjoy konvo punya pasal..huuu )
Attach dekat biro heaven giler. Almost everyday tak lekat dekat ofis. Berjalan je kerja. Kejap pergi wat inspection dekat retail farmasi and klinik swasta sebab skg ni diorang kena renew lesen. Pastu join wat raiding dekat manufacturer yang tak berdaftar. Perghhh..best weh! Ala ala terjah abang nas gitu. Pastu g buat passengers checking dengan consignment dekat entry point kastam rantau panjang lagi. Cuma agak tidak bernasib baik je sebab tak sempat nak ikut diorang naik court nak bicara kes. Rugi..rugi..

Ni la farmasi, jobscope die luas. Bukan setakat dekat spital, cari gado dengan docter.ngessngess.Tersirat.. Boley plak bukak business kedai ubat. Kalau terer financial and business management plus pandai market komuniti cane, sure 2, 3 taun je da boley catch up modal and kaut untung. Masyuk $$$$$$$ Ahhh..tak nak la cite private punye. Kerajaan la best..time nak ngundi dapat duit, kalau rajin nak beranak, ley 'ponteng' kerja 3 bulan, ada laluan kerjaya lagi, tak susah nak naik pangkat..Hahhaa..totally tali barut kerajaan tapi aku tetap anak 'kelate'. (Alamak politik, lari..laarii )

Kat biro ade unit risikan, serbuan, penyiasatan, pemeriksaan, pendakwaan, pelesenan, entry point dan pengguna. Memang bidang tugas die lain dari yang lain. Orang laki sure nak dok sini sebab diorang PEMALAS!!! Haa..kontroversi..Seriously speaking, dok biro sebenarnya lagi kena rajin sebab kalau tak rajin, memang takde kerja langsung. Kena rajin pergi buat risikan, baru la boley ade kes. Kena rajin g buat pemeriksaan, baru dapat detect mane2 yang degil tak nak ikut peraturan. Sebab tu kalau korang perasan, lately, makin banyak jugak product tak berdaftar yang di rampas. So, if la korang ade berjalan jalan kat pasar malam ke, pagi ke, then terjumpa ubat tak berdaftar, do not hesitate to contact them. Tak pon kalau tok wan kamu, tok cik kamu makan pape ubat tradisional, pastu kembang muka sana, sembab kaki sinun, sakit situ, report2 la kat penguatkuasa. Kami akan buat tindakan selanjutnya. Mana la tahu kan kot ubat tu ade bahan2 ter'larang' ke..

Konon tengah khusyuk buat journal club tapi oh..ter senyum plak..ahakss :P

Kekoh ROcky..




ROcky Rock bebeh..=)

Tak cukup, belasah maggi plak..
 Dah. Stop berpoya poya..Jom Keje!Sumihah plak yang sorang sorang dispense..Hahaha


Comments

Haziah Salleh~ said…
uits hehe laptop baru ade built in web cam :P
Anonymous said…
xsenonoh!
Anea_hayati ♥ said…
Haziah: ahaha..common application. DOnia ini maju ye sedari..

Tiada nama itu anonymous:
Kesah ape??

Popular posts from this blog

...

Drive kereta automatik guna DUA KAKI dan....