Perihal Pharmacist #1

Officially, menjadi kuli Kementerian Kesihatan Malaysia. Alhamdulillah, tadi dah selesai pendaftaran sebagai Provisional Registered Pharmacist (PRP) dekat Hosp. Raja Perempuan Zainab II (HRPZ2) huu..panjg name!. Dengan kata lain, arini, 1 july, saya dah mulakan latihan siswazah untuk 1 tahun. Korang mesti pening kan? Kejap dengan saya cakap 6 tahun, kejap 4 tahun, kejap 3 tahun. Okey. Ini ceritanya, korang tanya lagi, memang saya lempang pat belas la..Eh..tak la. Gurau je. Saya sayang kamu semua la. Ecece..tibe2 ayat sayang2 plak. ♥_♥

Okey. Gini. Lepas grad, semua pelajar lulusan pharmacy diwajibkan untuk amik latihan siswazah sekurang kurangnya setahun. Dalam tempoh ni, kitorang dipanggil PRP, lepas dah lulus setahun, baru la boleh dapat lesen 'besar' sebagai pharmacist. Time ni da up grade status dari bujang ke berkahwin ahh..(lari topik =_=) i mean tukar name as Fully Registered Pharmacist (FRP) dah. Dan macam jugak para doktor, pharmacist jugak ada compulsary service, err..khidmat wajib la kot kan, selama 3 tahun. So, bleh kata Pharmacist wajib keje government sekurang kurang nya 4 tahun. Kitorang suka panggil 1+3 service. Kalau dah grad tapi tak immediately buat PRP, dah tak boleh nak amik lesen pharmacist dah, makanya, dok tunggang terbalik belajar pharmacy tapi tak dapat sijil untuk praktis pharmacy, maka amatlah rugi kan?? Kenapa tak boleh kalau tak buat immediate? i dont know la u, it is stated in the Pharmacy Act. Alaaa..korang nak terus kahwin lepas abis belajar eh? Lek ahh..Chill chill..Boleh kawen punye. ^_^ Lepas dah apply untuk buat PRP dengan SPA, pharmacy board sume, korang mintak la tangguh untuk beberapa bulan. Diorang boleh consider punye tapi jangan pulak melampau tangguh sampai setahun. Ghotak la ko!

Dan, kenapa pulak sampai jadi 6 tahun tu? 6 Tahun tu sebab kontrak dengan JPA. Kalau korang buat kontrak dengan PAMA je Takyah nak pikiq pasai kontrak 6 tahun dengan kerajaan. Sebab kerajaan dah wajibkan untuk pharmacist keje dengan die selama 4 tahun, so korang kena tambah je lagi 2 tahun untuk cukupkan 6 tahun tu. Iye. Betul. Bukannye 1+3+6 yang jadi 10 tahun tu tapi adalah hanya 1+3+2 same sedikit dengan 6 tahun aje ye. Lepas tu kau nak cau cin cau keje seniri, nak masuk industri pon, gasak la. Ikut suke ati dah..

Dekat bahagian farmasi negeri kelantan tadi, saya dapat la buku log. Selama ni dok tengok senior post dekat fb pasal pening nak isi dan siapkan buku log sume. Dalam hati, terbayang la satu buku tebal yang ade banyak bahagian cukup2 sedap untuk aku dera diri semata mata nak completekan buku tu. Tup tup..ade officer bawak buku kecik. Macam buku nak educate orang ramai pasal penyakit taun pon ade jugak. Saya mati mati ingatkan die sambil nak bagi risalah kesihatan kat pegawai. Dalam hati dah puji, waa..bagusnya. *_* mata bersinar sinar Haha..bapak ah ignorant giler. Padahal tu memang dah buku log kitorang. Ade 9 bijik semuanya! Sila baca dengan nada teruja ye. 9 bijik buku untuk 9 unit attachment sepanjang PRP ni. Sori la sayang semua, saya takda camera untuk amik gambar buku log tu. Tunggu cameraman saya balik dari bercuti ye. Satu satu saya pukul gambar itu.Kesian gambar kena pukul. eh la..tangkap. ye tangkap gambar yang tidak berlari untuk post di blog ni.

Untuk adik2 junior, or sape2 yang nak masuk kerja, sila buka siap2 akaun KWSP anda. Sekejap je, bagi IC, print cap jari, dah dapat dah. Dia tak hirau pon akaun majikan anda. Boleh buat without akaun majikan pon sekarang ni. Masa nak pegi daftar, bawak siap2 buku akaun bank pilihan untuk anda laburkan gaji nanti , plus, bawak gambar muka senyum manis cantik berseri banyak2 tau! Banyak mane? Minimum 5 ke..8 pon boleh..hee..Particular ni dia tak state dalam surat tawaran tapi masa pergi regis baru officer tu mintak semua tu untuk urusan pejabat dan kemasukan gaji. Blingg blingg $_$. Kalau nak setelkan sekaligus, better prepare siap2.

Apepon, saya tak sempat nak jumpe bos pharmacy tadi,so masih lagi tak tahu saya kena campak kat unit mana. Praying bukan kat unit tough and challenging tahap separuh mati menangis 40 hari 40 malam sebab selalu kena marah and torture dengan senior doctor and pharmacist. Dapat dekat TDM, TPN, clinical pharmacy mati aku. Otak masih beku ni. frankly, i'm not redi yet,but trying hard to be redi. -_-" Tak tahu nak sentuh apa untuk revise apa. Last2 saya sentuh remote astro layan cite or tekan2 keyboard laptop ni.Ngee..sengal sungguh! So, overused of SO la plak, dah tu, esok boley enjoy lagi sebab Kelate cuti la jumaat sabtu. Arini pon kul 330 orang da stat balik opis. Heaven giler keje opis..

Larat la plak kan saya conteng blog lepas seharian dok ulang alik dari hospital ke bandar, hospital ke bandar. Hurmm stil lagi memikirkan mesti susah giler nak cari parking kat hospital tu. Seriously, i need driver!

Warghh..belum lagi pukul 7pm..

Rx5 The Great
DO WELL FRIENDS FOR UR PRP. ALWAYS PRAY FOR THE BEST FROM ALLAH TO US ^_^


Bye!

Btw, 9 bijik logbook tu tak termasuk 1 logbook besar panjang untuk attachment kt enforcement..^^ 

Comments

haziah said…
pantas ko nae!! (^^) go0d go0d.. bnyk info bergune utk aku sok.. gamba aku sememangnye cun pas di edit. yg bru cuci ni siap cm ade nur dr mane tah haha

All da best dkt hospital name pnjg.. mmg kagom ko leh tulis blog pas penat2 tuh hehe :P

Hurm ptot laaku tgk status ko kate lmbtnye nk maghrib hehe :P
Anea_hayati ♥ said…
aku pon xnk org len dok ulang alik byk kali padahal kalu sume da ade.kjap je lengkap..hee

Wish u luck too haziah dearie..

Pssstt..tgh tgu nak bukak pose td..haha
rosyzatie said…
k.anea, tahniah dpt tamatkan 1st day dgn bergaya..hehe camne perasaan first day? huhu..

bgus entri ni..byk info n expectation nk kje nnt..
Anea_hayati ♥ said…
Jaja..entah ape akak merepek bile perut lapa..hee
awak study rerajin ye..ape yg blaja jgn lupe..nnti jd cam akak..huuu
Shamel said…
tiba2 hari ni terase nak bace blog nae.

Of all, ni plg menarik dan super kelakar. Best. ok terlebih puji. cukop. GUD LUCK!

Kerap2 la update psl kerja eh. Junior amat memerlukannya. :-)

Popular posts from this blog

...

Drive kereta automatik guna DUA KAKI dan....