Pengalaman Malam Pertama

Kalau kamu google 'malam pertama' dan keluar title blog saya ni, mintak sori la banyak banyak sebab saya memang akan mengecewakan kamu dengan ketiadaan cerita pasal tangan seram sejuk sebab first time pegang tangan suami, tak pon debaran bila dapat first kiss.. Wahhh..ade ke orang cite pasal malam pertama gitu kat blog?? Heheee..Anyway, ini bukan perihal ranjang suami isteri tapi kisah first time kerja as on-call pharmacist. Titik penuh gitu.

As an introduction la, kat hrpz ni ade 3 shift. Shift pagi start dari 8am - 5pm. Shift petang start 2pm - 9pm, which is shift yang paling penat tak hengat dunia sampai boleh pengsan bangun, pastu pengsan balik -_-" Shift malam ( on-call ) plak start 9pm - 8am. So untuk semua yang bijak pandai, anda boleh conclude la jabatan farmasi kat sini beroperasi 24 jam. Sekian terima kasih ^^

Sebab saya memang zero tak tahu apa pasal tdm, pasal nak dispense ubat pon tahu gitu gitu je, so, agak chuakkk la jugak..! HuhhHuhh...Tarik nafas berdebar. Nasib baik mak minah la sebab time ni tagging lagi dengan senior prp. So, jadinya 2 orang PRP plus sorang pegawai + sorang minah lagi ( saya ler *_* )

Pukul 9pm sampai doblas patient memang ramai la. Double nasib baik sebab saya attach dekat farmasi satellite, so dah tahu kat mane ubat tu di simpan. Malam tu jugak takde kes tdm. Call dari doktor pon ade 2 je tapi soklan memang killer nak mamp** sampai pening fikir solution untuk setelkan kes. Hahh.. itu saja la pengalaman saya. Tak hebat pon. Kalau hebat, tajuk entry paling kurang bunyi gini.. Kerja malam yang mantap! Siap dengan seruan tu haa.. Riak giler..Hahaha..Malangnya tidak..

Untuk malam, kerja memang cover kes emergency la. So malam2, ramai parents yang datang sebab anak diorang demam, lelah ( asthma ), tak pon pakcik makcik sakit pening, gastrik. Budak sekolah paling best, dapat ubat selsema pastu dapat surat MC doktor. Oyeahhh..esok tak payah sekolah la ye dik. Hahaha (Tapi aku takde la cakap camtu kat dia, dalam hati je..Teehee )

Untuk kes TDM plak, kitorang memang tak run TDM except untuk kes yang suspected toxicity or poisoning. Kalau ada yang nak hantar sample jugak, kitorang received, centrifuged, fridgekan then run esok je. Kalau ward nak indent ubat pon, kitorang supply untuk kes emergency or stat je. Kalau kes biasa, mintak esok ye kak..Hee..

So, yang sibuk sikit nak jaga kaunter la. Baru je nak baring rehat, tingg! Ade patient, so, saya memang tak lena tido ah. Malu weh mamai2 nak dispense ubat,. Kang tak pasai kuar suara serak basah. Sexy you! ( Tapi last2 nak dekat subuh tu aku tido jugak, tinggal Mun Kit sorang2..kehhkehh..) Ehh..tak buat kata kata appreciation lagi untuk team jaga malam tu. Thanks Puan Mardiana, kita jumpa lagi kat perhimpunan pagi tadi..Hee..pegawai yang cantik jelita maintain cam anak dara walau dah anak dua. Perghh..bukan main aku describe dia..Tak lupa untuk 2 jejaka yang saya selalu dok tanya pasal tu, pasal ni, kalau macam ni cane, kalau macam ni pulak cane..Hahaha..kesian korang. Thanks Anep and Mun Kit. You guys are rock. Siap kak Na belanja makan pizza lagi. Hakhakahkk..Suke! Suke aje makan free..Hahaha ^^

So, kiranya shift malam relax sikit nak compared dengan shift petang sebab petang memang kena buat TDM, screen prescription untuk supply ubat dekat ward dan jugak jaga kaunter out patient. Time ni memang ramai orang sebab rakyat dah balik kerja ( Aku pulak sambung kerja buat kerja..Iskk ) Time maghrib lagi la ramai orang..Huuu..Terkejar kejar nak solat di buatnya..Tq kak Zaima and Jia Mean. Penat sampai tak sedar dah kena balik. ( Ehh..terselit banyak plak pasal kerja petang ni..Serabai moknea! )

Esok Jumaat. Yeayy cuti..!


Psstt: Suka dengan kerja tapi takut bila tak sempat nak belajar banyak benda dan mungkin lupa apa yang telah belajar. Semoga Allah merahmati dan mempermudahkan jalan hambanya untuk ikhlas membantu hambanya yang lain agar dapat kembali merasa nikmat sihat dariNya..

Comments

Haziah Salleh~ said…
nea.. ape soklan killer itu... sharing2 la hehe mn tau aku kne tnye, bole wat2 terer :P haha
Anonymous said…
ciss..aku terkena! td dh excited sgt..huh!
Anea_hayati ♥ said…
Haziah: Sorry, lama baru reply..hee
1st case tu psl NAC utk fluid restriction patient. Aku tak igt sgt detail case tu sbb pegawai n prp senior yg setelkan, NAC kan kena run certain conc dlm certain volume,so, yang kitorg search macam xleh nak diprepare dgn available conc yg ade..lbh kurg la..aku pon da igt2 lupe. Last2, doc buat dialysis.

Yg 2nd plak pls fucidic acid, pt tu on fucidic acid syrup klu x silap tapi company ni dah stop buat yg syrup and tablet plak coated yg tak leh nak crush, so, xleh nak compound jd syrup. DOc stil nak on ubat tu, even kitorg sages suh tkr yg len. Last2 kitorg suh die decide seniri la..hee..

Anonynous: Sangat eh?? hahaha
shifaa said…
korang yang attach satelit, sile ajar saye ;) btw i really like the final part of the blog
Anea_hayati ♥ said…
Shifa..kat satellite kalu nak power screening kne always ingat available dose yg ade kt spital plus dgn appropriate dose and frequency ubt tu. klu ley igt sume tu, sure mantap screening.

Popular posts from this blog

...

Drive kereta automatik guna DUA KAKI dan....