Kisah Makan Megi

Kisah la kan kalau mamee pon, mee sedap ke, bila nak makan bende panjang halus berjurai, berkerinting comel tu, sah sah la sebut megi jugak..Memang dah tercipta trademark tu. Nak masak megi, biar time tu tangan tengah bukak plastik mamee pon..hee..

Saya paling suka megi tomyam. Kaww beb. Pedas masam berasap. Second choice kari berapi. Yang ala ala mild pedas tu tak layan. Megi ayam. Buang jauh jauh. Haha. Kerek berlagak kau. Tapi megi goreng memang sangat kureng kecuali megi goreng mamak taj kat kuantan. Haha..Tibe tibe rindu pulak kat megi goreng Taj. Kawan akrab..Aku tau ape kat pikiran korang kalau sebut mamak taj kan??Well..terima kasih sebab panggil name saya 'ANE' kuat2 kat taj. Cess..! Anak sedara saya pon suka makan megi. Ape la. Mesti korang salahkan saya kan sebab ajar budak kecik makan megi. Tapi megi diorang adalah megi yang semata mata megi. Buh garam dengan telur. Yewww..taktahu ape rase tapi diorang memang makan sampai licin. Aihh..ciknea, kau memang suke merepek merapu raban. Sebab tu dalam exam hall kau selalu tak cukup masa. Huraian takde guna je memanjang. Point tarak la dey..Back to the story ye adik akak..

Lately, memang selalu kerap makan megi kat rumah. Serius. Makin berleluasa plastik megi dalam kategori sampah buangan kat rumah ni. Dulu time jadi student, memang control la makan megi. Almost tak makan langsung kot. I mean megi yang masak mentah la especially. Konon la nak conserve tahap kepintaran hotak last2 kau grade cukup cukup makan 3 pointer je jugak..Kahkah.. Tapi series weh, time SPM lagi la. Megi memang tak masuk menu langsung. Tahniah la nestle. Korang punye bisnes memang melambung naik 2,3 bulan ni. Saya dah tolong wat korang jadi kaya! Melebih je ciknea..>_<"

Tapi kan, semua sedia maklum yang makan megi memang bahaya. Sejak kecik lagi mak ayah dok cakap, banyak makan megi leh rosak buah pinggang, dapat penyakit hati sume. Saya pon memang lagi terexpose to have break out because of excessive craving and eating megi kat umah ni. Dah jadi late-nite-meal, bukan late-nite-muve aje. Sambil layan tenet, asal lapau je, pelahap megi. Hancuss diet sihat.. !__!

Macam mana nak makan megi tapi masih lagi nak jaga kesihatan? Kalau yang masak megi tak guna perencah, taruk ayam, udang, sotong, daging, sayur mayur bagai tu, toksoh dok bising ar..Memang yakin makan megi sihat la tu. Aigoo..Ni speaking about makan mee megi masak segera 5 minit suda siap woo..

Well..ni saya jadi panda pandai buat teori sendiri. Sebab kecik kecik memang kena rasuah makan megi leh rosak buah pinggang, so, bila dah besar, saya belajar plak, buah pinggang aka ginjal aka kidney aka renal is one of human elimination organs. Maka saya buat kesimpulan, bila makan megi banyak sangat, buah kidney eh buah pinggang leh rosak sebab excessive accumulation of toxin kat situ sebab die tak larat nak nyah semua sisa toksik tu. Tak faham? Kalau saya jadi lecturer, sah 80% student fail. T_T

Masa belajar pasal antitoxic drugs for chemotherapy, most of cytotoxic agents are eliminated by kidney. To avoid toxicity in patient, some drugs are given with diuretic to promote diuresis which allow frequent urination, so that toxic compound will not precipitate in kidney and cause kidney failure and other toxicity. Nyah kau toxic jahat. Gitu la lebih kurang. So, saya lak dengan bangangnyer, leh pulak nak samakan perencah MSG dalam megi tu macam cytotoxic agent. Haha..Jangan la syarikat megi nak saman aku plak. *_*

Bila gitu la saya buat teori pale-hotak-ko-tak-boley pakai ni, so, main action untuk jaga buah buahan pinggang adalah untuk banyak banyak kencing bila banyak banyak makan megi..! Hakhak Dah tu, tak kan nak makan diuretic kot tiap kali makan megi. Botak jeng aku. Da la botak efek makan megi, tambah botak kopak nak sapot wat beli ubat plak. Cett..Saya nak tanya sikit la, korang buat ape kalau nak selalu kencing?? Haaa..Ape? Minum banyak air?? Waa..terer ahh korang * Big Clapss*

Nak sangat makan megi yang lazat tu tapi risau jugak kalau rosak buah pinggang, so, itu la yang saya buat lepas makan megi. Konon la nak nyah toksik megi dalam badan.  Sampai gemuk air jadinya..Haahahahaa

Ntah betul ke tak teori..-__-" Tapi minum air banyak bagus ape..=)

Diuretic : Ubat lawas kencing

Pssst: Malam ni saya dapat anak. Anak sedare! Yeay..diorang dah on the way bertolak dari KL. Yabedabeduu..Wujud 2 toyol tukang sepah bilik. ^^

Malas keje weh! *Tibe tibe*

Comments

mutiara bd said…
walaupun buat lawak dalam entri ni, tetap berbau ahli farmasi.. hehe
Failure said…
HAHAHA EPIC FAIL

Popular posts from this blog

...

Drive kereta automatik guna DUA KAKI dan....