Bercakap pasal J

J, adalah nama sebenar.

Saya paling tak puas hati bila orang cakap perempuan tak boleh memilih. Kena terima bila ada lelaki yang suka. Jangan dok guna pakai sangat segala impian suami idaman tu. Yela dunia sekarang, perempuan berganda lagi ramai dari lelaki. Bukan senang lelaki nak suka. Hate this. Sorry.

Bagi saya, perempuan la yang lagi kena memilih. Kan?? Kan?? Takkan nak main cekup je mane mane lelaki yang nak semata mata sebab nak tutup mulut orang kampung yang selalu dok tanya bila nak kahwin or sebab takut dapat status anak dara tua. Berhantu sangat status andartu ni sampai terkial kial orang lari. Hishh..

Bukan nak berbahas apa,bagi saya, lelaki kalau dia dah rasa bosan dengan wife (aku cukup menyampah kat lelaki yang wujud dengan attitude begini) dia masih ade 3 kuota isteri untuk di isi. Malas hurai panjang pasal isu kahwin banyak tapi just to mention yang perempuan ni kahwin sekali je. Kalau banyak kali tu, proses bercerai la plak. Bila bercerai muda timbul masalah baru plak. Janda muda bergetah cantik menawan lagi la semua orang pandang macam dia kentut busuk bangkai je bila masuk kedai. Dengki la konon dia nak ngorat laki ekau. Kesian kawan tu, padahal dia tak hingin habuk pon dengan laki ekau. Maka, seumur hidup, perempuan mestila nak yang terbaik untuk hidup dia sebab dia ada satu peluang tu je untuk buat pilihan.

Kalau silap pilih, lelaki yang dulunya kategori penagih kasih sayang, silap haribulan sebenarnya adalah penagih dadah ganja. Uii..menangis keluar air mata darah pon tak guna. Paling takut dapat lelaki yang baran. Isskk..
Orang lain makan nasik, kau makan sepak terajang tak pasal pasal. Lazat barangkali si suami nak bagi isteri dia makan benda tu. Berani la kalau husband saya nak buat macam tu, sumpah saya tinju dia balik. Dushumm..Dushumm..Derhaka tak derhaka. My parents pon tak pernah lempang tau. Cubit cubit geram je adelah..Huhh..

So, girls, tak salah kalau kahwin lambat selagi semua pandai jaga diri, tak buat maksiat. Orang kahwin untuk kebahagiaan, cari keredhaan, berkat hidup berkasih sayang tapi kalau hati tak tenang, jiwa sengsara, hidup tunggang langgang, setiap hari serabut serabai, dah hilang hikmah kahwin. Baik berbakti untuk ibu bapa yang dah banyak berjasa sementara kita jumpa jodoh terbaik kita. 

Hey..tak cakap pon saya nak kahwin di kala lanjut usia. Kalau ada jodoh, teringin jugak nak kahwin awal sebab...hahaa..malu nak cakap tapi nak cakap jugak lah..Saya nak anak ramai.. >_<"  Seronok la ramai ramai ni. Meriah !!

Tahniah untuk semua pasangan berkahwin dan bertunang bulan ini ^^ Semoga Allah memberkati..


Pungguk tidak lagi rindukan bulan..Tataa bulan..

Comments

salam,
saya Jazwadi..
bukan nama sebenar.
...
Izaty Arha said…
anae.. tak yah risau la pasal jodoh. allah dah janjikan setiap wanita yg baik itu bakal ditemukan dgn lelaki yg baik juga, insyaallah. anae muda lg apa. kty dulu pun kawin bukannye muda sgt :). hihihih. tengok2 nikah dgn mohd zulhakimi b mamat, yg hensem dah macho itu.. hihihihi harap2 dia x baca, kalau x sure kembang semangkuk ni. kty mimpi baby sebiji muka dia :D
Anea_hayati ♥ said…
Azwadi

haa..saya nak berkenalan la dgn Jazwadi. nama cam hebat :P
Anea_hayati ♥ said…
kty:

a ah..serahkan kt Allah..kalau kita jadi baik, Allah bagi yg baik jugak utk kita :)

baby cam muka abe kimi? hoho..mato bulat terjojol la kty..ngahahahaa..
.fatin nabila. said…
yeay, bestnya entry ni ! yeay ! suka !
Anea_hayati ♥ said…
fatin bola

thx dear..^^
rosyzatie said…
don't worry, be happy k.anea..

sumwhere out there sumbody is meant for u n me... juz waiting for the right momentoo.. hehehe..

Popular posts from this blog

...

Drive kereta automatik guna DUA KAKI dan....