Ayam kampung pencen

Balik rumah langsung tak buat exercise. Tak aktif sungguh hidup ni. Terfikir jugak nak ikut adik pergi gim tapi urghhh..malu la pergi gim. Rasa macam semua orang pandang saya tengah berjoget meriah kat atas trackmil tu. Tak mau! Nak kuar jogging kat kampung. Alololooo..buang tabiat sungguh la plak. Kan best kalau ade taman dekat2 kat sini, haruslah saya tawaf melanyakkan kasut sukan saya yang berdebu tak dipakai.

Ma cakap, kemas rumah pon bleh kuar peluh. A ah..Iyelah, kalau setakat saya basuh pinggan mangkuk cawan gelas, sapu2 skit (dah la guna vacum, cehh, tak guna pakai kalori langsung) maunye la nak keluar peluhkan -_-" Terasa jugak nak pergi lap beranda kat luar rumah tapi kalau tiap tiap hari dok lap beranda tu, risau pulak nanti kena letak signboard 'Perlahankan kenderaan. Kawasan Kemalangan' kat depan rumah saya. Nak buat cano, driver semua silau bijik mata tengok tangga rumah saya yang bersinar kemilau. Boleh eksiden beb. Hah..Hyperbola aje.

Rindu pulak dekat uia. Petang boleh jog lenggang kangkung dalam uia atau pergi Taman Bandar. Paling koman pon, sorang2 pergi shoot basketball. Kesian !_! Takpon berteman lepas kerah junior or paksa kawan ikut turun main same. Hahaa..kuku besi. Pusing2 naik basikal. Waa..bestnyeee la. Macam2 boleh buat. Nampak gaya kena lompat katak main tali skipping jelah kat umah ni. Urghh..Sangat bosan! Harapan, rumah saya tak roboh akibat budak yang syok sorang2 dok terkial kial melompat. T_T

++ Sebenarnya tengah panas hati dengan seorang manusia tapi sebab saya jugak manusia, maka, belajarlah untuk memahami dan memaafkan manusia. Sekali sekala hipokrit jadi baik. Moga Allah bagi pahala. Ameen~


Kening hitam tebal dan lebat 
but this ayam kampung pencen is biologically and genetically tested 
bukan kakak juga bukan makcik SinChan maupon Hagemaru

Comments

Popular posts from this blog

...

Drive kereta automatik guna DUA KAKI dan....