Posts

Showing posts from June, 2010

Kalau nak ikutkan hati

Memang saya panas hati sepanas cuaca kat luar yang menghitam legamkan lagi wajahku yang sedia hitam. Tapi sebab saya adalah budak terpelajar, Uia plak tu, plus mak bapak saya pon ajar saya untuk bersopan santun hormat orang, saya terus jadi budak baik. Budak baik yang tak nak marah atau bengang dengan orang yang banyak ragam nih. 
Walaupon saya kunjungi kaunter pertanyaan dengan jeans lusuh, t shirt hitam yang saya rase dah hampir jadi warna kelabu, dalam erti kata lain, lusuh jugak, pakai pulak tudung hitam, haruslah tenggelam terus keserian muka yang dah sedia tak berseri ni, muka pulak memang semenyeh habis sebab baru berpanas melenggang nak menapak kat bangunan tu, tapi selaku orang yang bertanggungjawab untuk menjawab semua pertanyaan, saya rasa anda patut layan semua orang takde beza kelas dan taraf dengan penuh etika. Bukan main belasah bedal dengan ayat ayat pedas. 
Saya bukan marah tapi terkilan bila orang selalu nak bezakan layanan sebab si polan ni miskin, si polan ni hidu…

Terkedu

Semalam 15 Rejab. Malam tu sebelum tidur dah pasang niat nak puasa tapi bila bangun pagi, TERMAKAN roti canai pulak. Adoyaiii..Habis la nak puasa..-_-"

Semenjak berpeleseran kat rumah ni, berapa hari je mampu berpuasa sunat. Hurmm..teruknyer. Dah tak tahu bila last puasa, bila last solat sunat dhuha, bila last buat tahajjud. Baca Al Quran pun seminggu belum tentu dapat khatam satu juzuk. Belum kira ada bagi sedekah ke tak, amal jariah lain ade buat ke tak. Kalau teruskan hidup macam ni, tak tahu ape nasib kat akhirat. Macam takde saham langsung..!__!

Tapi Allah tetap sayang kat hambaNya. Manusia lalai cam saya ni, Dia tetap bagi nikmat dunia. Nikmat hidup sihat, nikmat harta benda, nikmat kesenangan walau saya alpa leka nak beramal tanda syukur pada Allah.

Puasa lah Khamis ni..InsyaAllah..

Bersama Pengantin

Image
Seriusly takde mood nak berceloteh panjang.. Jom tengok gambar..
Wedding Nurehan Syamimi ♥ Ainnuddin Besut, Terengganu
Mimi-the-bride; die ni memang comel sejak dari sekolah lagi.
Sorang maintain ceria, sorang da penat. Hambik, sape suh sampai tempat kenduri kul 6 ptg :P
Anea.Mimi.Dayah.
I love this idea so much ^^ Buat autograph and say ur prayer to pengantin. Jadi artis kejap..hee
Cute ah minah ni..!
Pelamin diorang cantik walau nampak simple. Menarik sangat photo yang diorang letak kat pelamin tu.
Next Kenduri.............................................................................................................
Wan Maisarah ♥ W M Ibrahim Melor, Kelantan
Mai-the-bride
Kak Mai di apit junior penyeri majlis..ceewahh..anea.fiza.zati
Menyemak dalam bilik pengantin ^^
Memperkenalkan..pengantin lelaki
Okey. Baru cukup korum..Smile ^_^
-----------------------Balik dengan perut kenyang----------------------
Do you notice anything common with both pengantin?  Yup..their theme. Pinky. …

Kisah Makan Megi

Kisah la kan kalau mamee pon, mee sedap ke, bila nak makan bende panjang halus berjurai, berkerinting comel tu, sah sah la sebut megi jugak..Memang dah tercipta trademark tu. Nak masak megi, biar time tu tangan tengah bukak plastik mamee pon..hee..

Saya paling suka megi tomyam. Kaww beb. Pedas masam berasap. Second choice kari berapi. Yang ala ala mild pedas tu tak layan. Megi ayam. Buang jauh jauh. Haha. Kerek berlagak kau. Tapi megi goreng memang sangat kureng kecuali megi goreng mamak taj kat kuantan. Haha..Tibe tibe rindu pulak kat megi goreng Taj. Kawan akrab..Aku tau ape kat pikiran korang kalau sebut mamak taj kan??Well..terima kasih sebab panggil name saya 'ANE' kuat2 kat taj. Cess..! Anak sedara saya pon suka makan megi. Ape la. Mesti korang salahkan saya kan sebab ajar budak kecik makan megi. Tapi megi diorang adalah megi yang semata mata megi. Buh garam dengan telur. Yewww..taktahu ape rase tapi diorang memang makan sampai licin. Aihh..ciknea, kau memang suke merepe…

Bercakap pasal J

Image
J, adalah nama sebenar.

Saya paling tak puas hati bila orang cakap perempuan tak boleh memilih. Kena terima bila ada lelaki yang suka. Jangan dok guna pakai sangat segala impian suami idaman tu. Yela dunia sekarang, perempuan berganda lagi ramai dari lelaki. Bukan senang lelaki nak suka. Hate this. Sorry.

Bagi saya, perempuan la yang lagi kena memilih. Kan?? Kan?? Takkan nak main cekup je mane mane lelaki yang nak semata mata sebab nak tutup mulut orang kampung yang selalu dok tanya bila nak kahwin or sebab takut dapat status anak dara tua. Berhantu sangat status andartu ni sampai terkial kial orang lari. Hishh..

Bukan nak berbahas apa,bagi saya, lelaki kalau dia dah rasa bosan dengan wife (aku cukup menyampah kat lelaki yang wujud dengan attitude begini) dia masih ade 3 kuota isteri untuk di isi. Malas hurai panjang pasal isu kahwin banyak tapi just to mention yang perempuan ni kahwin sekali je. Kalau banyak kali tu, proses bercerai la plak. Bila bercerai muda timbul masalah baru pla…

Tangis

Aku menangis kerana Mu
Menangis kerana Mu, aku
Kerana Mu, aku menangis
Menangis aku, kerana Mu
Namun dalam tangis aku bersyukur
Kerana
Aku menangis kerana Mu.
Semoga tangis ini memdekatkan ku kepada Mu

Tukar la kejap..

Haaa..habis pompuan la layout ni. Gasak la..Buah oren da masam. Tak enak dimakan walau sumber vitamin C yang bagus. Merepek!

Malas nak edit mane2. Herot perot senget bengek ke..dulik je la.

Update: Currently online at Libry IIUM kuantan. Clearance punya pasal tapi still tokleh setel arini sebab orang kat finance esok baru ade. Macam la xde pemangku. *sigh*

Ceria !

Image
Haaa..Hambik. Dua entry dalam sehari walaupon entry adalah tiada kualiti *Sigh* Sengal la kao anea, tadi punye beriya berkobar semangat api membara cakap pasal bersenam nak stimulate kelenjar peluh, hasilnya, jari kao plak yang bersenam. Hebat!

Tadi memang nak sign out dah blogger.com ni. Tak kuasa ah jugak nak menambah power mata ni. Kang dok ngadap je bende alah ni, maunyer beribu naik power. Mimpi nak buat lasik tak hilang lagi ni. Ohh duit. Ok. Melalut.

Kembali kita. Baru je nak sign out tadi, terperasan yang blogger.com ni ade offer ( cehh..offer la plak) new template design. Untuk saya yang buta IT ni tapi taknak kalah nak jugak berblog sakan, wajib sungguh la hanya berpaut kat template yang 'segera' hanya perlu make-up boh bedak lipstick eyeshadow skit2 je, nah..terhasillah sudah. Bila start melebarkan diri kat rumah 2 bulan lalu, memang berhajat jugak nak tukar template sebab dah bosan tapi kind of geram dek diri yang buta IT dan tak pandai nak edit2 html code yang e…

Ayam kampung pencen

Image
Balik rumah langsung tak buat exercise. Tak aktif sungguh hidup ni. Terfikir jugak nak ikut adik pergi gim tapi urghhh..malu la pergi gim. Rasa macam semua orang pandang saya tengah berjoget meriah kat atas trackmil tu. Tak mau! Nak kuar jogging kat kampung. Alololooo..buang tabiat sungguh la plak. Kan best kalau ade taman dekat2 kat sini, haruslah saya tawaf melanyakkan kasut sukan saya yang berdebu tak dipakai.

Ma cakap, kemas rumah pon bleh kuar peluh. A ah..Iyelah, kalau setakat saya basuh pinggan mangkuk cawan gelas, sapu2 skit (dah la guna vacum, cehh, tak guna pakai kalori langsung) maunye la nak keluar peluhkan -_-" Terasa jugak nak pergi lap beranda kat luar rumah tapi kalau tiap tiap hari dok lap beranda tu, risau pulak nanti kena letak signboard 'Perlahankan kenderaan. Kawasan Kemalangan' kat depan rumah saya. Nak buat cano, driver semua silau bijik mata tengok tangga rumah saya yang bersinar kemilau. Boleh eksiden beb. Hah..Hyperbola aje.

Rindu pulak dekat uia…

Invisiblelism

Kat yahoo messenger memang la boleh kalau korang nak invisible kat semua orang. Takpon kalau korang nak visible hanya dekat sape sape yang korang rasa berkenan di hati. Hak korang la. Tapi ingat, realitinya, kalau once korang dah invisible kat dunia ni, kita jumpa lagi di akhirat kelak.

But hey..I don't even care a bit if u want to appear invisible to me because i believe, there is always someone somewhere who wish me to always visible.

Bye! Mari bermain dengan dua orang budak kecik ini..

Kerja Kahwin - Bukan saya punya lagi

Mas kahwin dan wang hantaran, yang saya tahu, dua benda yang berbeza. Mas kahwin is wajib; wang hantaran is adat. Nilai mas kahwin untuk seluruh Malaysia telah ditetapkan oleh jabatan agama untuk certain negeri. Dan negeri yang terkecuali termasuk jugak Kelantan, selain Kedah, Perlis dan Ganung.

Kalau isteri anda mek kelate, maka, boley dikatakan mas kahwin adalah jugak wang hantaran yang mana nanti si suami akan sebutkan dalam lafaz akad nikah. Kalau saya salah, tolong betulkan ye -_-"
Tak wujud dah la, mas kahwin yang itu, ade plak wang hantaran yang orang selalu nak buat banding bagai sape dapat lagi banyak..Adoyaiii..Makcik kayo..pakcik miskin..

Kalau anda berhati nilai murni nak hadiahkan bakal isteri tercinta dengan mas kahwin yang bling bling beribu riban, anda haruslah sediakannya. Tunai okey. Sesetengah tok kadi memang rijek mentah mentah kalau anda nak buat buat moden nak guna cek lah konon. Bukan ape, dia nak jaga kebajikan pengantin, mane tau ade si jahat tak honest …

1 June

Welcome June..

Kalau call duty 1July, maknanya tinggal lagi sebulan nak membuang masa kat rumah. Kalau call duty 16 July, ade lagi sebulan setengah. Money..come to me bebeh..I need u..huaarggghh.. Kalau ade duit, sah sah pergi melancong tak hingat ni.

Medical check up tak buat lagi, angkat sumpah seranah pon zero progression lagi. Hopefully nanti tak ramai manusia buat medical check up kat hospital nanti. Dapat siap cepat..Weee ^^

Dan June, bulan untuk gemuk sebab selalu makan free orang buat kenduri dah datang. Can't wait untuk tengok pengantin yang cantik..Pelamin yang indah..Hantaran yang hebat..Happy Berkahwin ye semua. Doakan jugak kesenangan berjodoh untuk saya T_T

Jap..kalau call duty 16 June?? Oh tidakkk..!! Not yet plis KKM..