Pellih with ♥

Saya dalam mode [ touching ] dengan note Selamat Hari Ibu yang adik lelaki saya postkan dekat facebook dia.
 
Sungguh, pengorbanan ibu yang kami semua panggil 'MA' tak ternilai. Kalau nak story pasal MA saya, saya perlukan beberapa entry sebab there's a lot to say. Jangan kecik hati ye ma..

Kat sini saya nak story pasal 'Tuan Penulis Nota' tulah. Ni la budaknya  *AHMAD MUKHLIS MAMAT*

Boley diguna pakai untuk menyamar sebagai boipren saya

Kami panggil dia Muyih. Tapi arwah nenek saya dulu sangat cute dan comey sebab panggil dia Pellih. Winkwink ^_^

Kecik kecik dulu karakter budak ni  berkepala botak, gemok, sangat degil keras kepala tapi amatlah genius!! Tapi bila dah besar, syukur, dia dah jadi anak yang sangat soleh sampai saya dan ejah selalu tanya ma dia makan apa masa mengandungkan muyih ni. Aihh..nak buat macam mana, kalau dia balik cuti, dia akan ambil alih semua kerja anak dara selain buat kerja anak teruna. Haahaa..sangat happy la kami yang pemalas ni..=P Plus solat subuh pon dia rajin pergi jemaah kat masjid.

Sekarang ni dia dekat Ireland, studying Medicine. Kami semua tak heran la sebab dari kecik lagi dia memang excellent dalam academic ni. Rajin sangat sampai dengki kakak dia blaja, umur 4, 5 tahun dah mengamuk nak masuk tadika jugak. Hamik la ko budak. Cuba kira berapa tahun mu hidup dengan belajar..agagagaa..

Sebab dia adalah ayam daging dan kami ( saya dan ejah ) adalah kategori ayam kampung (yang kurus murus gitu ) maka bila gaduh je, memang sakit la kena pukul dengan dia. Punya la garang dan bengis budak ni sampai dengan kakak saya yang sulung pon die boley lawan. Hooo..Arwah abah pernah pukul saya dengan towel (ala ala rotan la konon) sebab gaduh dengan dia. Abah cakap, kakak kena mengalah dengan adik. Ahhh..takde takde, dia yang salah. Pehhh..ibarat berdendam sampai sekarang padahal best je gocoh adik beradik..kehkeh..

Dia jugak putih melepak kecik kecik dulu dan sampai sekarang pon. Saya dengan ejah ( ehh..dua orang ni wujud aje..hee ) selalu cakap kat dia, patutnya kitorang yang putih sebab kitorang perempuan. Dia gelap pon takpe sebab dia laki. OOhhh..noo..!! Sekarang dia kat obersea, lagi la tak kena matahari..Arghhh..Terima la kenyataan anea yang sekali gelap, selamanya gelap T_T

Sampai sekarang saya heran macam mana dia boleh saving duit dia. Heran sungguh sebab dia punya duit yang banyak dan cukup untuk beli majalah Mastika ( minat sungguh la masa ni ), beli setem dan kumpul sampul surat hari pertama yang teramat lah banyak!! Dia jugak tukang beli majalah Utopia tiap tiap bulan.. Aaaaa..banyak la dia beli..Yih..mano mung buleh duit ni??? Nak sikit..hahhaa $_$

Dulu ada satu pemadam yang putih pastu ade jalur hijau kat atas dia. Kat depan dia ade cop corak2. Macam macam corak la ade. Mase Si Muyih ni sekolah rendah, dia suka kumpul pemadam tu. Dia pernah ada koleksi pemadam tu dari huruf A sampai Z. Hahahahaa..Soooo fun. Tiap tiap hari dok susun ikut abjad tu. A Apple, B Ball...Z Zebra ..kot..Dapat kat abang abang dia, amik wat main lawan tindih tindih pemadam. Ngahahahaa..0_o

Tak lama lagi dia nak balik bercuti dah. 3 bulan. Ma bukan main excited la tunggu anak kesayangan dia tu, dan yang pastinya, saya jadi kain buruk je la. Kuangkuang..

Have a safe journey muyih. We always pray for u..


Eklas dari kakakmu yang tak seberapa nak cun *_*

Comments

ezzah said…
fuh karangan!

bkpo jd gini blako nih :P
takut aku.
nk jerit seghOo.
ahhAhha.
ezzah said…
mereng maknah!
aku baco mulo. suko selok!
aku kt lab nih. suko sore.lecturer depe.k
Anea_hayati ♥ said…
Weee Ezzah : Mung tu..ngaji sungguh..jange dok main fb jah sokmo LOL

Popular posts from this blog

...

Drive kereta automatik guna DUA KAKI dan....