Posts

Showing posts from 2010

Bermula dan Berakhir

Salam hari Jumaat friends. Tenang je kan kalau hari Jumaat ni..=)

Baru balik dari hospital. Tak la. Aku tak keje arini tapi saje gatal kaki dan tangan nak pulas stereng dan pijak pedal kete drive gi hospital. Dapat jugak clerk satu case dan setelkan sikit sebanyak buku log. Untung jugak jadi gatal hari ni.. Syabas bette!

Well, ape yang aku nak story kat dalam entry ni bukan pasal aku pergi hospital tapi nak share feeling aku sikit. Nak tanya la kan, dalam seminggu, berapa kali korang baca Quran lepas solat Subuh? Dalam seminggu, berapa juzuk dah yang korang sempat khatam? Syabas kalau korang memang tak tinggal baca Quran tiap2 hari. Tapi aku tak, aku taksub dengan duniawi sampai dalam seminggu, mungkin sekali je aku sempat baca Quran lepas solat Subuh -_-" Astaghfirullah. Betapa lalai kan?

Dulu time blaja kat u, almost everyday, aku tak pernah tinggal baca quran lepas Subuh. Satu muka pon jadi la kalau mata dah berat gila rasa nak tidur balik lepas Solat Subuh. Hahaa..kantoi di…

Make peace with tudung kaler KRIM

Image
Kalau anda sedia maklum, saya ade berstory pasal ketidaksukaan pakai tudung kaler krim kat sini Tapi life must go on, tak suka pon kena buat jugak. Btol tak?? ( Eleyh..macam bende penting or isu besar sungguh je tudung krim kau tu. Blah la lu anea...) Actually ini entry bergambar time konvo aritu. Bluekk..slow betol kereta sorong ni dah berbulan konvo baru nak upload kt blog..Booo..Loser lah kau. -_-"

Introducing, tukang terima scroll yang Thank you Allah, dia tak tersungkur hari tu..Pheww..


Bergambar dalam studio. Lokasi rumah kakak, bnd Tun Razak..Save budget giler..

 Dengan family la plak.








Rasa macam okey je pakai tudung krim. Kena plak dengan course pharmacy yang line dia kaler krim. Wahh comey sangat. Okey la krim, saya tunang ke kawin ke nanti you boley masuk antara kaler untuk saya campur aduk dengan kaler lain. Set !

Currently fall in love

with this song..



Lyrics
 > P.a.r.a.c.h.u.t.e <
I don't tell anyone about the way you hold my hand
I don't tell anyone about the things that we have planned
I won't tell anybody
Won't tell anybody
They want to push me down
They want to see you fall

Won't tell anybody how you turn my world around
I won't tell anyone how your voice is my favourite sound
Won't tell anybody
Won't tell anybody
They want to see us fall
They want to see us fall

I don't need a parachute
Baby, if I've got you
Baby, if I've got you
I don't need a parachute
You're gonna catch me
You're gonna catch if I fall
Down, down, down

I don't need a parachute
Baby, if I've got you
Baby, if I've got you
I don't need a parachute
You're gonna catch me
You're gonna catch if I fall
Down, down, down

Don't believe the things you tell yourself so late night and
You are your own worst enemy
You'll never win the …
Image

Give and Share

Masa zaman sekolah dulu-dulu, saya ade duit 15ya. Pastu, adik saya cakap dia tak cukup duit plak. Lupalah dia nak buat apa duit tu. Then, saya dengan baik hati konon kakak yang bagus pon bagi la 10ya. (Takpe, aku dok asrama, bukan guna banyak duit pon, makan minum sume gomen yang support, nak beli topup bukan pakai hp pon zaman tu, tak macam budak-budak sekarang, tadika pon da ade iphone! Seingatnya, time tu cuti or weekend la, lepas tu, ade maksedara yang datang melawat. Before dia balik, dia bagi duit. Ingat 50 hinggit, tak sangka ade dua keping note 50! rm100 you. Betul la kan Allah janji, kalau satu benda yang kita derma, 10 kali ganda Allah balas. Ni baru duniawi, tak kira lagi ukhrawi cane. Subhanallah.

Dari dulu saya memang jenis suka withdraw duit 'banyak' sikit. Malas nak g atm. Banyak dalam erti kata yang bukan sampai habis duit dalam akaun saya withdraw! Omakkaooo..nak belanje ape gituh. Banyak yang saya kira cukup untuk cover kalau tiba2 ada emergency. Pastu pepand…

Keje ni saya suka...^^

Image
Sekarang ni tengah on call. Bila patient takde, curi2 masa sikit tulis blog. Ewahh kau hanan, makan gaji buta ke ape?? Ni bukan makan gaji buta tapi tengah makan gaji time orang lain dok membuta..-_-" Syoknye tido!Tibe2 la plak~

Arini first day attach dekat OPD. Ohh OPD, rakan2 sure sedia maklum workload dekat OPD cane. Dengan polisinya untuk bekerja cepat dan tepat. Bapak ah busy amat saya arini. Tengahari kena buat LBD -lunch break-duty. Kena pergi jumpa Pn untuk discuss journal club, pastu petang kena duty untuk dispense dekat unit psychiatric. Psycho abis aku! =( Lagi lazat, petang tu saya off sebab malam kena on call, so memang automatik la petang untuk hari berkenaan tu off. Haru je nak kena cari pengganti.Sobb sobb..kena marah lagi sebab before ni 'escape' dari OPD without appointed any substitute sebab tak tahu pon kena duty dispense dekat psychiatry for this whole week. Ceq taktau la nooo.. Ingat ceq suka sangat ke abai keje. Huhh..marah ni..

Ok. Macam terkedek k…

Bila dah tak kreatif dan mati idea nak buat benda menarik

Aku berani sumpah ( kali ni nak guna aku sebab nak tunjuk protes kat diri sendiri sebab sia siakan bakat seni dalam diri ! Macam la berseni sangat pon dulu -_-" )..ok sambung sambung..aku berani sumpah korang mesti kutuk giler gambar pompuan bertudung pakai skirt konon ayu la sangat dok bertenggek tergolek depan komputer tu. Pehhh..ko tengok komputer lapuk pompuan tu. PC yang gedabak weh! Mane orang pakai dah PC camtu, koman koman kat mane2 pon orang dah pakai monitor lcd yang nipis tu. Dasat giler aku, konon nak buat blog tapi tak up-to-date langsung benda yang dipamerkan!

Urghh..aku memang dengki arr tengok blog2 orang yang cantik2 design die. Ade rainbow paddlepop la, rama-rama terbang girang la. Kadang2 aku tengok orang show off kasut busuk diorang kat blog pon aku rasa tertarik lepas die edit2 gambar tu. Aku?? Usah la nak edit gambar sampai ko rasa nak je mintak gambar tu pastu gi wat frame, gantung kat umah, nak cari gambar best untuk edit pon haram jaddah nak jumpe. Belek2…

Hello TOkShiba..^^

Image
Tiba tiba je kan?? Entry sebelum ni beriya cakap pasal nak konvo..tupp tupp..Nak cakap pasal laptop plak. Ntah pape..

Lama gile tak online, memang banyak sebab. Sibuk dengan keja ( iye la sangat) dan yang paling penting laptop tak boley bukak! waa..nangis T_T Lepas anta workshop laptop (pastilah bukan workshop kereta) dah di diagnose la..laptop tu rosak motherboard. Nak beli motherboard ke nak beli laptop baru??? Lepas bincang2, better beli laptop baru. Aduss..kopak ! ( Padahal memang dah saving dah pon untuk beli laptop..Tapi kopak gak..Huuu ) Pandai gak laptop lama tu bagi instinct kat tuan die.

Lepas cerita konvo selesai pagi Isnin tu, saya pon mengeLRT la dengan adik g Low Yatt. Survey2 dulu. Tak berani nak beli sensorang, paksa rela la Mak buyung n heronya datang teman jugak..hee.. Tq sume..
Sayaanggg~ Before tu dah tanya jugak sifu IT, Mar and die suggest Asus. ( Nak beli Mac tapi hancusss arr..macam la aku reti gune -_-" ) Tapi sifu cakap Toshiba pon ok jugak. Lebih meyaki…

Teruk..!

Rasa macam dah bertukar menjadi seorang perempuan tua yang membosankan dan life tak happening langsung..! Huhuhu..Terima kasih laptop sebab anda buat hal dan menjadi penyumbang kebosanan hidup perumah seperti saya. Hurghh..dapat gaji pon takde semangat nak hidup dalam dunia shopping-membazir-duit sebab saya memang jenis suka beli barang bila diperlukan dan bila barang tu dah rosak, takley guna dan boley buat karangan 'Saya sepasang kasut' macam sekolah rendah dolo-dolo..

So..frens, memang lately saya tak online, sori if banyak benda takley nak ketchup and update dengan life and isu hangat korang, end up i'm asking..pecite sekarang? Padahal orang sume dah kecoh pasal ur wedding day. Sori T_T

Here i am, in cheras, ready for my C-day. Ini pon satu hal jugak, uia terchenta ni da tetapkan, untuk female kena pakai cream color punya tudung. Aiyaaa..selamat hitam tak berseri la saya time konvo nanti. -_-" Tak suka..tak suka! Well ladies, korang mesti ade satu or beberapa kale…

Ni mungkin boley jadi target hidup..

Saya serius suka giler bila tarikh double camni..


20.10.2010
20.11.2011
20.12.2012
Sampai satu tahap, siap buat angan angan minah jenin yang on that date, saya mesti ade special occasion saya..contoh cam tunang ke, kahwin ke..ala ala hari penyatuan dengan yang tersayang la. Ececcece..Tapi bila pikir balik dengan keadaan semasa ni, untuk 2010 da burn, mane nak cari laki dalam masa tak sampai 3 bulan ni. Oh mak! -_-"
2011 belum tentu, 2012..hurmm..zero prediction..=_=

Cap IBU dan ANAK

Ibu:Buh gak sikit lecu ko, eyeshadow ko, blusher ko muko tuh. Ni nok g kijo tapi muko supo nge    budok sekoloh.

Anak:Oloh. Tok payoh la. Oghe lain tok jangok pong.


*****
Ibu:Bowok keto tu molek gak sikit. Nati ado keto seniri gak, dok sesek koksey, punoh abih keto.

Anak:Abah hok pro pon sesek jugok kalu dey nok geroh gak. Oghe hok baru buleh lesen ni, mesti lagi banyok.

( Memang dasar anak yang suka menjawab T_T )

Ibu:Comey sikit paka gitu.
( Komen si ibu lepas tengok si anak belit belit sikit tudung instead of pin je dengan kerongsang dari atas sampai bawah)

Anak: ( Sebelum turun g kerja, sempat tukar balik tudung belit sebab rimas dalam whitecoat nanti. Degil ! )

Dan hari ni si ibu buat majik, dia kejut anak dia bangun solat zohor dengan suara lemah lembut, hilang semua potpet dan suara loud speaker ibarat petir yang selalu beliau guna tatkala kejut si anak yang memang ratu tido -_-"

Sayup sayup mamai si anak dengar si ibu berborak dengan bapak,

"Sie ko anea kijo maley. Ngatuk …

Tak aci weh!

Image
Korang kuar jalan weekend beramai ramai Mesti shopping baju raya ni Pastu time jalan mesti kuar gosip panasss yang sangat pasti, ntah kurun ke berapa baru sampai kat aku Aku pulak sanggup g spital ujung minggu sebab bosan dok umah, nak kuar takde geng. Cess.. Dah arrr..aku tak ley nak jeles lebey2, doakan korang hepi kuar ronggeng tu. Jaga diri leklok sume..
Rindu giler nak joyah dengan korang..Gelak sampai usus rasa nak terkeluar..
Dengar tak? Dengar tak? Bunyi bising sebab tuan blog tengah vacuum habuk, debu debu, sesawang ligat kat blog ni. Lama giler tak hapdate (ooyeah..akhirnya aku guna jugak patah hapdate ni)

1 - Malas nak pikir tajuk, biaq pi la entry takde tajuk pon.

2 - Sungguh sungguh tengah kering. Asyik buat hutang je sekarang ni. Cepat cepat masuk gaji! Sebelum raya is better tapi lepas raya is much better, sebabnyaaaa boleh skip bagi duit raya..Hahahahhahaa * Evil laugh* Takla. Wish before raya la, boley support keperluan kat umah and belanja family baju raya. Wahhh..angan angan..~_~

3 - I love my job * tibe tibe* Hahaaa..Penuh tersirat. Tapi best la..serius! Nak nak bila dapat setel pape kes, rasa hurmmmm..Puas!

4 - Makin banyak invitation untuk kenduri time raya ni. Teringin nak pergi. Sejak dewasa ni..ecehh dewasa la sangat, semangat campur dengan perasaan girang nak pergi kenduri kawan2 dan sedara agak membuak buak la. Bajet dah jadi anak dara 'besau' pastu nak tayang muka kat tempat ke…

Pengalaman Malam Pertama

Kalau kamu google 'malam pertama' dan keluar title blog saya ni, mintak sori la banyak banyak sebab saya memang akan mengecewakan kamu dengan ketiadaan cerita pasal tangan seram sejuk sebab first time pegang tangan suami, tak pon debaran bila dapat first kiss.. Wahhh..ade ke orang cite pasal malam pertama gitu kat blog?? Heheee..Anyway, ini bukan perihal ranjang suami isteri tapi kisah first time kerja as on-call pharmacist. Titik penuh gitu.

As an introduction la, kat hrpz ni ade 3 shift. Shift pagi start dari 8am - 5pm. Shift petang start 2pm - 9pm, which is shift yang paling penat tak hengat dunia sampai boleh pengsan bangun, pastu pengsan balik -_-" Shift malam ( on-call ) plak start 9pm - 8am. So untuk semua yang bijak pandai, anda boleh conclude la jabatan farmasi kat sini beroperasi 24 jam. Sekian terima kasih ^^

Sebab saya memang zero tak tahu apa pasal tdm, pasal nak dispense ubat pon tahu gitu gitu je, so, agak chuakkk la jugak..! HuhhHuhh...Tarik nafas berdebar…

Jumaat Datang Lagi

Image
Jumaat kembali. Rasa macam semalam baru Jumaat. Baru lepas berfacebooking dengan k nene untuk ikut dia pergi hospital tengok dia dispense methadone Sabtu esoknya. Tupp tupp..hari ni dah Jumaat balik dah. The next Jumaat, cukup sebulan saya kerja. Huu..Masa untuk berpindah station and my next station is TDM. Welcome calculation and interpretation -_-" Kena revise balik CP3 dulu. Buku TDM Hrpz pon saya tak gi potostet lagi. Punya la berkurun amik dengan k nene. Wahh dua kali naik nama k nene dalam entry ni. Glamer abis k nene..^_^ Ahaks..masih menangguh kerja yang di tangguh. Very bad hanan, very bad. Hope kedai potostet tu bukak petang ni *praying*
Btw, kat bawah entry saya ni ada Linkwithin untuk previous post. Perasan tak?? Perasan tak?? Bukan nak cakap sekalian jenis orang yang perasan tapi kalau la korang perasan ( terpaksa guna perasan ni..huhuu) ade link la kan. Kalau la korang terdetik nak buka, maybe akan ade post yang tulisan dia tak jelas dan membuatkan korang menyampah…

Betul ke ni..

10 tahun lagi, umur saya dah 34 tahun..Hidup lagi ke tak masa tu.. Huuu..betul ke decision yang saya buat ni??
Dear God, please guide me toward the right path..Amin~




Orang Kaya

Nak kahwin dengan orang kaya. Tambah lagi. Muda dan bujang, of course. Suami bagi duit dan lantas saya pon jadi kaya. So, tak payah lagi nak pergi kerja cari duit -_-" Macam la kerja sebab nak dapat duit semata. Terpesong sudah..

** Efek blur dan selalu nyanyok dalam hapalan ubat dan dose tatkala screening prescription. Jugak keconfiusan administration ubat, sebelum ke selepas makan masa dispensing. Kronik !
You ni memang membosankan! Hate you sangat! I don't need you but to have you is a must So, just stay with me for a while . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . Get it Facebook???

Surat untuk Oprah Winfrey

Image
How I wish your name was Sabariah Sabri or maybe Latipah Shukri so that I can easily convey my feeling to you in malay. But somehow, you might not have a great show like The Oprah Winfrey Show if you are not Oprah Winfrey as today. Indeed, everytime I put on my focus on your show, you break a great inspiration toward in-depth humanistic behavior and advance me into a better person not only as a daughter and sister for my family but also to anyone that I barely know who are they.

I apologize for thing I must say. You need to hire a competent translator because my letter in future will present with Malay language. I actually expand your opportunity to experience reading Malay, which I am sure you will be fascinated with. -_-" ( ye lah sangat)

Dear Oprah,

Saya sangat bertuah kerana mempunyai keluarga yang sangat caring and loving for each other. Adat la kalau bertegang urat barang singgit dua sesame adik beradik tapi setakat macam tu jelah.  Langsung tak simpan dalam hati. Kalau so…

Perihal Pharmacist #1

Image
Officially, menjadi kuli Kementerian Kesihatan Malaysia. Alhamdulillah, tadi dah selesai pendaftaran sebagai Provisional Registered Pharmacist (PRP) dekat Hosp. Raja Perempuan Zainab II (HRPZ2) huu..panjg name!. Dengan kata lain, arini, 1 july, saya dah mulakan latihan siswazah untuk 1 tahun. Korang mesti pening kan? Kejap dengan saya cakap 6 tahun, kejap 4 tahun, kejap 3 tahun. Okey. Ini ceritanya, korang tanya lagi, memang saya lempang pat belas la..Eh..tak la. Gurau je. Saya sayang kamu semua la. Ecece..tibe2 ayat sayang2 plak. ♥_♥

Okey. Gini. Lepas grad, semua pelajar lulusan pharmacy diwajibkan untuk amik latihan siswazah sekurang kurangnya setahun. Dalam tempoh ni, kitorang dipanggil PRP, lepas dah lulus setahun, baru la boleh dapat lesen 'besar' sebagai pharmacist. Time ni da up grade status dari bujang ke berkahwin ahh..(lari topik =_=) i mean tukar name as Fully Registered Pharmacist (FRP) dah. Dan macam jugak para doktor, pharmacist jugak ada compulsary service, err.…

Kalau nak ikutkan hati

Memang saya panas hati sepanas cuaca kat luar yang menghitam legamkan lagi wajahku yang sedia hitam. Tapi sebab saya adalah budak terpelajar, Uia plak tu, plus mak bapak saya pon ajar saya untuk bersopan santun hormat orang, saya terus jadi budak baik. Budak baik yang tak nak marah atau bengang dengan orang yang banyak ragam nih. 
Walaupon saya kunjungi kaunter pertanyaan dengan jeans lusuh, t shirt hitam yang saya rase dah hampir jadi warna kelabu, dalam erti kata lain, lusuh jugak, pakai pulak tudung hitam, haruslah tenggelam terus keserian muka yang dah sedia tak berseri ni, muka pulak memang semenyeh habis sebab baru berpanas melenggang nak menapak kat bangunan tu, tapi selaku orang yang bertanggungjawab untuk menjawab semua pertanyaan, saya rasa anda patut layan semua orang takde beza kelas dan taraf dengan penuh etika. Bukan main belasah bedal dengan ayat ayat pedas. 
Saya bukan marah tapi terkilan bila orang selalu nak bezakan layanan sebab si polan ni miskin, si polan ni hidu…

Terkedu

Semalam 15 Rejab. Malam tu sebelum tidur dah pasang niat nak puasa tapi bila bangun pagi, TERMAKAN roti canai pulak. Adoyaiii..Habis la nak puasa..-_-"

Semenjak berpeleseran kat rumah ni, berapa hari je mampu berpuasa sunat. Hurmm..teruknyer. Dah tak tahu bila last puasa, bila last solat sunat dhuha, bila last buat tahajjud. Baca Al Quran pun seminggu belum tentu dapat khatam satu juzuk. Belum kira ada bagi sedekah ke tak, amal jariah lain ade buat ke tak. Kalau teruskan hidup macam ni, tak tahu ape nasib kat akhirat. Macam takde saham langsung..!__!

Tapi Allah tetap sayang kat hambaNya. Manusia lalai cam saya ni, Dia tetap bagi nikmat dunia. Nikmat hidup sihat, nikmat harta benda, nikmat kesenangan walau saya alpa leka nak beramal tanda syukur pada Allah.

Puasa lah Khamis ni..InsyaAllah..

Bersama Pengantin

Image
Seriusly takde mood nak berceloteh panjang.. Jom tengok gambar..
Wedding Nurehan Syamimi ♥ Ainnuddin Besut, Terengganu
Mimi-the-bride; die ni memang comel sejak dari sekolah lagi.
Sorang maintain ceria, sorang da penat. Hambik, sape suh sampai tempat kenduri kul 6 ptg :P
Anea.Mimi.Dayah.
I love this idea so much ^^ Buat autograph and say ur prayer to pengantin. Jadi artis kejap..hee
Cute ah minah ni..!
Pelamin diorang cantik walau nampak simple. Menarik sangat photo yang diorang letak kat pelamin tu.
Next Kenduri.............................................................................................................
Wan Maisarah ♥ W M Ibrahim Melor, Kelantan
Mai-the-bride
Kak Mai di apit junior penyeri majlis..ceewahh..anea.fiza.zati
Menyemak dalam bilik pengantin ^^
Memperkenalkan..pengantin lelaki
Okey. Baru cukup korum..Smile ^_^
-----------------------Balik dengan perut kenyang----------------------
Do you notice anything common with both pengantin?  Yup..their theme. Pinky. …

Kisah Makan Megi

Kisah la kan kalau mamee pon, mee sedap ke, bila nak makan bende panjang halus berjurai, berkerinting comel tu, sah sah la sebut megi jugak..Memang dah tercipta trademark tu. Nak masak megi, biar time tu tangan tengah bukak plastik mamee pon..hee..

Saya paling suka megi tomyam. Kaww beb. Pedas masam berasap. Second choice kari berapi. Yang ala ala mild pedas tu tak layan. Megi ayam. Buang jauh jauh. Haha. Kerek berlagak kau. Tapi megi goreng memang sangat kureng kecuali megi goreng mamak taj kat kuantan. Haha..Tibe tibe rindu pulak kat megi goreng Taj. Kawan akrab..Aku tau ape kat pikiran korang kalau sebut mamak taj kan??Well..terima kasih sebab panggil name saya 'ANE' kuat2 kat taj. Cess..! Anak sedara saya pon suka makan megi. Ape la. Mesti korang salahkan saya kan sebab ajar budak kecik makan megi. Tapi megi diorang adalah megi yang semata mata megi. Buh garam dengan telur. Yewww..taktahu ape rase tapi diorang memang makan sampai licin. Aihh..ciknea, kau memang suke merepe…

Bercakap pasal J

Image
J, adalah nama sebenar.

Saya paling tak puas hati bila orang cakap perempuan tak boleh memilih. Kena terima bila ada lelaki yang suka. Jangan dok guna pakai sangat segala impian suami idaman tu. Yela dunia sekarang, perempuan berganda lagi ramai dari lelaki. Bukan senang lelaki nak suka. Hate this. Sorry.

Bagi saya, perempuan la yang lagi kena memilih. Kan?? Kan?? Takkan nak main cekup je mane mane lelaki yang nak semata mata sebab nak tutup mulut orang kampung yang selalu dok tanya bila nak kahwin or sebab takut dapat status anak dara tua. Berhantu sangat status andartu ni sampai terkial kial orang lari. Hishh..

Bukan nak berbahas apa,bagi saya, lelaki kalau dia dah rasa bosan dengan wife (aku cukup menyampah kat lelaki yang wujud dengan attitude begini) dia masih ade 3 kuota isteri untuk di isi. Malas hurai panjang pasal isu kahwin banyak tapi just to mention yang perempuan ni kahwin sekali je. Kalau banyak kali tu, proses bercerai la plak. Bila bercerai muda timbul masalah baru pla…

Tangis

Aku menangis kerana Mu
Menangis kerana Mu, aku
Kerana Mu, aku menangis
Menangis aku, kerana Mu
Namun dalam tangis aku bersyukur
Kerana
Aku menangis kerana Mu.
Semoga tangis ini memdekatkan ku kepada Mu

Tukar la kejap..

Haaa..habis pompuan la layout ni. Gasak la..Buah oren da masam. Tak enak dimakan walau sumber vitamin C yang bagus. Merepek!

Malas nak edit mane2. Herot perot senget bengek ke..dulik je la.

Update: Currently online at Libry IIUM kuantan. Clearance punya pasal tapi still tokleh setel arini sebab orang kat finance esok baru ade. Macam la xde pemangku. *sigh*

Ceria !

Image
Haaa..Hambik. Dua entry dalam sehari walaupon entry adalah tiada kualiti *Sigh* Sengal la kao anea, tadi punye beriya berkobar semangat api membara cakap pasal bersenam nak stimulate kelenjar peluh, hasilnya, jari kao plak yang bersenam. Hebat!

Tadi memang nak sign out dah blogger.com ni. Tak kuasa ah jugak nak menambah power mata ni. Kang dok ngadap je bende alah ni, maunyer beribu naik power. Mimpi nak buat lasik tak hilang lagi ni. Ohh duit. Ok. Melalut.

Kembali kita. Baru je nak sign out tadi, terperasan yang blogger.com ni ade offer ( cehh..offer la plak) new template design. Untuk saya yang buta IT ni tapi taknak kalah nak jugak berblog sakan, wajib sungguh la hanya berpaut kat template yang 'segera' hanya perlu make-up boh bedak lipstick eyeshadow skit2 je, nah..terhasillah sudah. Bila start melebarkan diri kat rumah 2 bulan lalu, memang berhajat jugak nak tukar template sebab dah bosan tapi kind of geram dek diri yang buta IT dan tak pandai nak edit2 html code yang e…

Ayam kampung pencen

Image
Balik rumah langsung tak buat exercise. Tak aktif sungguh hidup ni. Terfikir jugak nak ikut adik pergi gim tapi urghhh..malu la pergi gim. Rasa macam semua orang pandang saya tengah berjoget meriah kat atas trackmil tu. Tak mau! Nak kuar jogging kat kampung. Alololooo..buang tabiat sungguh la plak. Kan best kalau ade taman dekat2 kat sini, haruslah saya tawaf melanyakkan kasut sukan saya yang berdebu tak dipakai.

Ma cakap, kemas rumah pon bleh kuar peluh. A ah..Iyelah, kalau setakat saya basuh pinggan mangkuk cawan gelas, sapu2 skit (dah la guna vacum, cehh, tak guna pakai kalori langsung) maunye la nak keluar peluhkan -_-" Terasa jugak nak pergi lap beranda kat luar rumah tapi kalau tiap tiap hari dok lap beranda tu, risau pulak nanti kena letak signboard 'Perlahankan kenderaan. Kawasan Kemalangan' kat depan rumah saya. Nak buat cano, driver semua silau bijik mata tengok tangga rumah saya yang bersinar kemilau. Boleh eksiden beb. Hah..Hyperbola aje.

Rindu pulak dekat uia…

Invisiblelism

Kat yahoo messenger memang la boleh kalau korang nak invisible kat semua orang. Takpon kalau korang nak visible hanya dekat sape sape yang korang rasa berkenan di hati. Hak korang la. Tapi ingat, realitinya, kalau once korang dah invisible kat dunia ni, kita jumpa lagi di akhirat kelak.

But hey..I don't even care a bit if u want to appear invisible to me because i believe, there is always someone somewhere who wish me to always visible.

Bye! Mari bermain dengan dua orang budak kecik ini..

Kerja Kahwin - Bukan saya punya lagi

Mas kahwin dan wang hantaran, yang saya tahu, dua benda yang berbeza. Mas kahwin is wajib; wang hantaran is adat. Nilai mas kahwin untuk seluruh Malaysia telah ditetapkan oleh jabatan agama untuk certain negeri. Dan negeri yang terkecuali termasuk jugak Kelantan, selain Kedah, Perlis dan Ganung.

Kalau isteri anda mek kelate, maka, boley dikatakan mas kahwin adalah jugak wang hantaran yang mana nanti si suami akan sebutkan dalam lafaz akad nikah. Kalau saya salah, tolong betulkan ye -_-"
Tak wujud dah la, mas kahwin yang itu, ade plak wang hantaran yang orang selalu nak buat banding bagai sape dapat lagi banyak..Adoyaiii..Makcik kayo..pakcik miskin..

Kalau anda berhati nilai murni nak hadiahkan bakal isteri tercinta dengan mas kahwin yang bling bling beribu riban, anda haruslah sediakannya. Tunai okey. Sesetengah tok kadi memang rijek mentah mentah kalau anda nak buat buat moden nak guna cek lah konon. Bukan ape, dia nak jaga kebajikan pengantin, mane tau ade si jahat tak honest …

1 June

Welcome June..

Kalau call duty 1July, maknanya tinggal lagi sebulan nak membuang masa kat rumah. Kalau call duty 16 July, ade lagi sebulan setengah. Money..come to me bebeh..I need u..huaarggghh.. Kalau ade duit, sah sah pergi melancong tak hingat ni.

Medical check up tak buat lagi, angkat sumpah seranah pon zero progression lagi. Hopefully nanti tak ramai manusia buat medical check up kat hospital nanti. Dapat siap cepat..Weee ^^

Dan June, bulan untuk gemuk sebab selalu makan free orang buat kenduri dah datang. Can't wait untuk tengok pengantin yang cantik..Pelamin yang indah..Hantaran yang hebat..Happy Berkahwin ye semua. Doakan jugak kesenangan berjodoh untuk saya T_T

Jap..kalau call duty 16 June?? Oh tidakkk..!! Not yet plis KKM..

Dia cakap

Scene 1
'Eh ciknea..sedapla. Saya sayangggg awak..' berkata sambil peluk.
Padahal aku tolong isi air kosong dalam botol air dia je..hoooohooo

Scene 2
'Pandai la awak masak ciknea. Nanti saya bagi awak hadiah' -_-"
Padahal aku tengah tumis bawang nak masak sardin je.

Scene 3
'Dah lama tak jumpe awak ciknea'.
Walaweh budak ni, hyperbola amat! Padahal aku baru je naik kejap kat tingkat atas.T_T

Dan : Hanya boley buat entry bila yang kecik sudah tido dan yang besar melangok khusyuk tengok tv.

Bye!

Heysh.eL

Image
Right! Minum susu, salah satu amalan yang baik untuk kesihatan. You can ask mr.google to find out more about the benefits of milk. ^__^

Kalau saya, susu-mesti-teguk saya adalah yang ni..

HL Marigold
Bila minum susu ni, kamu takkan rasa seperti kamu minum susu. Senang cite, rasa 'susu' dan bau 'susu' yang buat orang kadang kadang benci minum susu dah digantikan dengan rasa vanila. Jangan risau sebab khasiat susunye tetap ada. Hebat kan? Susu ni jugak bagus kalau kamu nak 'bersih'kan perut. Jangan risau, ( buat kali kedua ) sebab kamu takkan capai tahap 'cuci perut' sampai diarrhea-berkecai-tak-sempat-nak-pegi-tandas. Mereka yang lactose intolerance dan ingin belajar untuk minum susu, nah, ambik kunci keta, vroom lah ke mana2 market atau 7e untuk beli susu ni. Kalau rasa tak yakin, try dulu yang kotak kecik ^^
Bagi penggemar susu, yang kecik itu sungguhlah tidak puas minum! T_T

Abang saya suka perasa stroberi ni, dan mungkin kamu pon boley suka jugak ^^


Mes…