BLack ♥ hATi


"Sesiapa yg melakukan satu dosa, maka akn tumbuh pada hatinya setitik hitam, sekiranya dia bertaubat akn terkikislah titik hitam itu drpd hatinya. Jika dia tidak bertaubat maka titik hitam itu akn terus merebak hingga seluruh hatinya menjadi hitam."
(Hadis riwayat Ibn Majah)


Hadis ini selari dgn firman Allah bermaksud:

"Sebenarnya ayat-ayat Kami tidak ada cacatnya, bahkan mata hati mereka sudah diselaputi kotoran dosa dengan sebab perbuatan kufur dan maksiat yang mereka kerjakan."
(Surah al-Muthaffifiin, ayat 14)


Hati juga mati jika tidak diberikan makanan dan santapan rohani dgn sewajarnya. Kalau tubuh badan boleh mati krn tuannya tidak makan dan tidak minum, begitu juga hati. Apabila ia tidak diberikan santapan dan tidak diubati, ia bkn saja akn sakit dan buta, malah akn mati akhirnya.

Santapan rohani yg dimaksudkan itu ialah zikrullah dan muhasabah diri. Oleh itu, jaga dan peliharalah hati dgn sebaik-baiknya supaya tidak mnjadi kotor, hitam, keras, sakit, buta dan mati. Gilap dan bersihkannya dgn cara banyak mengingati Allah (berzikir).


Firman Allah bermaksud:

"Iaitu orang yang beriman dan tenteram hati mereka dgn mengingati Allah. Ketahuilah! Dgn mengingati Allah itu tenang tenteramlah hati manusia."
(Surah al-Ra'd ayat 28)


Mati hati itu adalah krn tiga perkara iaitu :
♥ Hubbul dunia (kasihkan dunia)
♥ Lalai daripada zikirullah (mengingati Allah)
♥ Membanyakkan makan dan menjatuhkan anggota badan kepada maksiat kepada Allah.


Hidup hati itu kerana tiga perkara iaitu :
♥ Zuhud dengan dunia
♥ Zikrullah
♥ Bergaul atau berkawan dengan aulia Allah


SemOga di bulan Ramadhan yg mulia ni..sy dpt bersihkan hati sy...yg kOtOr ternOda dgn perkara duniawi..ameen~
Sungguh..terase diri sgt kerdil dan hina krn slalu alpa dgn nikmat Allah...Melupakan Allah sbgi Kekasih Abadi yg xkan pernah meninggalkan hambaNya..

Ya Allah..Bantulah hambaMu yg hina ini...
Perkenankan dOaku...
Berikan aku petunjuk dlm setiap gerak hidupku...
Tiada sesuatu yg mudah kecuali sesuatu yg Engkau jadikan mudah..

Hurm: Amalan ramadhan masih x mencapai target..ape citer ni hanan???

Comments

Popular posts from this blog

...

Drive kereta automatik guna DUA KAKI dan....