KFC ohh KFC..again..

NOtin mOre tO pOst in dis entry..jus an emel..from KFC executive..

salam semua...

tujuan email ni adalah untuk memberi penjelasan mengenai boikot KFC. banyak orang dah tanya pada saya mengenai KFC.dan ada juga yang sms kata "baik ko berenti keja ngan KFC.ko dok bunuh orang palestin"... .dah banyak sms yang saya dapat...daripada kawan2 sekolah, universiti dan segenap lapisan masyarakat.

untuk pengetuahuan semua, KFC Holdings (M) Bhd adalah milik Kulim (M) Bhd. Kulim ini pula adalah anak syarikat Johor Corporation. siapa yang tidak tahu sila cari mengenai johor corporation. oleh itu, KFC Holdings (M) Bhd adalah milik malaysia. tiada sebarang keuntungan yang diberikan kepada US mahupun Israel. KFC hanya menggunakan nama. KFC malaysia hanya membayar yuran penggunaan nama sahaja.akan tetapi, setelah KFC menjadi anak syarikat Johor Corporation, pengerusinya sedang berusaha untuk membeli KFC di US. ini adalah usaha yang sangat murni. Tan Sri Ali Hashim adalah pengerusinya yang memang mempunyai idea bisnes yang bernas. selain itu juga, dibawah KFC Holdings (M) Bhd terdapat anak syarikat iaitu :

Pizza Hut
Kedai Ayamas
RasaMas Restaurant
Ayamas Food Corporation Sdn Bhd
Region Food Industries (Sos life)
bakery ( untuk garlic bread & roti2 di KFC)

tenaga kerja untuk semua syarikat ini adalah majoriti melayu islam.oleh itu, bayangkan lah jika masyarakat memboikot KFC apa akan terjadi kepada orang islam malaysia?oleh itu fikir2 kan lah apa yang saya katakan ini. diharap dapat memberi penjelasan kepada sahabat2 dan sesiapa sahaja.sama- sama kita membangunkan ekonomi orang islam.inilah dinamakan Jihad Bisnes.

sekian.

Muhamad Ammar Abdullah
Halal Audit Executive
KFC Holdings (M) Bhd

--> credit to my sis-in-law for dis infO :)

Comments

adreYna said…
salam anea...
info yg sgt bguss..
hrp2 de kbenarannye..
sbb ak ske mkn kfc sblm ni..
kfc!!!
yayyy!!!

hek3x....
intan.dayana said…
jd bule la mkn kfc pas ni..??
IzzUdDin said…
boleh lah aku mkn kfc n pizza lps ni. walaupun ada termakan gak sblm ni. haha..

jiji, dgr kata nak blanja aku n classmates ko kfc nati. haha..
sasuke said…
boikot kfc = kerugian utk malaysia

boikot kfc = xde pilihan fast food lain dah

maka,

boikot kfc = kebulur la weyy..

hahaha!
aNeA_hAyATi said…
tO adreyna..
benar nie..x baek menipu..

nuni.
jOm KFC..ajak ADL xxxx skali..hehee..

intan..
mesti la bOley..

jUdEng..
cepat2 blanje aku zinger..hee

eley sasuke..
padahal die yg suke mkn ayam..hahaha
aku pun ade dapat info ni dan percaya tapi tetiba ade org tanya balik yg buat aku confuis...

mungkin betul tapi tepung nak masak ayam tu mesti dtg dari US....
kan secret recipe from 11 ingredients??
masa nak pindah recipe KFC kat US tak lama dulu pun guna highest security
(http://www.wlky.com/cnn-news/17428512/detail.html?eref=time_us)....
kita pun tak tahu ingredient dia ada benda non-halal ke tak??

~confius...huhu...
ana_jundullah said…
saya selitkan tiga penulisan di bawah. Saya tak suka tuduh melulu tanpa kajian dan saya banyk meninggalkan persoalan. semoga sama-sama kita dapat jawapan.

Tulisan 1: sumber: http://www.. tranungkite. net/v8/modules. php?name= News&file=article&sid=2811


Dewan Pemuda Pas Wilayah Persekutuan (Pemudawilayah) melahirkan rasa kesal terhadap kenyataan dan sikap yang ditunjukkan oleh Ketua Eksekutif JCorp, Tan Sri Muhammad Ali Hashim yang mendesak rakyat Malaysia menghentikan boikot produk AS dan Israel.(dari surat khabar harian metro)

Kami sedar bahawa beliau tertekan kerana Johor Corporation (JCorp) melalui anak syarikatnya QSR Brands Malaysia Berhad yang memiliki rangkaian restoran Pizza Hut dan pemegang saham terbesar KFC Holdings Malaysia Berhad mengalami kerugian setelah kempen boikot dilancarkan.


Motif keuntungan dan Jihad Ekonomi yang dilaungkan beliau menjadi modal untuk mendesak kempen ini dihentikan.


Sewajarnya beliau sebagai seorang Islam memahami kepentingan boikot ini dan mempunyai rasa bertanggungjawab terhadap kematian ribuan umat Islam Palestine.

Beliau sedar bahawa rangkaian restoran KFC dan Pizza Hut merupakan antara penyumbang terbesar kempen zionisme Israel yang ditaja oleh Amerika. Saban tahun Amerika akan memberikan dana tidak kurang dari 2 billion untuk Israel meningkatkan keupayaan persenjataannya sekaligus mempergunakannya untuk menindas unmat Islam Palestine.

Kami tidak menafikan bahawa akibat kempen boikot ini banyak cawangan restoran Pizza Hut dan KFC yang rugi, malah ada yang bakal ditutup. Ramai juga kakitangan yang diberhentikan.


Sudah sampai masanya JCorp mewujudkan jenama baru

Walaubagaimana pun, JCorp sewajarnya melakukan inovasi dan penstrukturan dalam senarai perniagaan mereka. Jika benar JCorp mempunyai rasa kebertanggungjawaba n terhadap masa depan rakyat yang kehilangan kerja, mereka seharusnya menyusun pelan peralihan dan rancangan perniagaan baru.

Dengan sumber yang ada dan pengalaman yang luas, sewajarnya rangkaian restoran KFC dan Pizza Hut dibubar segera. Rangkaian ini boleh dihidupkan kembali dengan mewujudkan rangkaian jenama dan produk makanan segera tempatan yang lebih mencerminkan sikap serta identiti rakyat Malaysia. Kita tidak selamanya perlu bergantung pada jenama luar bagi memajukan ekonomi kita.

Saban tahun negara kita terpaksa membayar billion ringgit kerana menggunakan jenama dan produk yang diambil dari luar negara khususnya Amerika.

JCorp sepatutnya sudah matang dan mampu membina produk dan jenama sendiri.

Pemudawilayah juga melihat bahawa produk makanan berjenama tempatan juga tidak kurang hebatnya. Rangkaian restoran makanan segera Marrybrown, SugarBun dan juga Radix FC yang kian berkembang membuktikan bahawa jenama tempatan juga masih boleh diterima ramai. Malah kewujudan rangkaian ini juga memberikan peluang kerja untuk rakyat tempatan.

Jika JCorp mahu melaksanakan cita-cita ‘Jihad Ekonominya’ inilah peluang untuk mereka turut sama bergabung dalam membantu menaikkan jenama tempatan.


Jihad Ekonomi KFC dan Pizza Hut, Bunuh Umat Palestine

Jihad bukan sekadar menuntut kita mengaut untung dan mengkayakan umat Islam, tapi ia juga menuntut untuk kita menyelamatkan akidah dan juga kehidupan umat Islam lainnya, khususnya di Palestine. Apa guna kita kaya di Malaysia ini sedangkan saudara seagama kita mati dibunuh di Palestine.

JCorp memberikan sumbangan pada mereka untuk mendapatkan makanan tapi dalam masa yang sama, JCorp juga menyalurkan bantuan kewangan kepada induk KFC dan Pizza Hut yang akhirnya digunakan untuk membeli peluru membunuh saudara kita.

Dimanakah hati dan perasaan pihak pengurusan JCorp yang sanggup mengadai umat Palestine untuk ‘Jihad Ekonomi’ yang hanya menguntungkan segelintir pihak sahaja.

Bantahan rasmi akan dibuat

Pemudawilayah memandang serius sikap yang ditunjukan oleh pengerusi JCorp ini dan satu memorandum akan dihantar untuk memperingatkan mereka akan kesengsaraan umat Palestine lantaran sikap mereka itu.

Terpulanglah jika mereka mahu terima saranan itu. Jika pada pandangan mereka, JCorp berhak menjual produk Amerika itu terpulanglah. Tapi mereka juga kena ingat bahawa kami dan seluruh rakyat yang prihatin juga berhak untuk memboikotnya.

Pemudawilayah juga mengesa agar seluruh organisasi Pas dan NGOs yang menyokong kempen ini menghantar memorandum bantahan kepada setiap Pengurus rangkaian restoran KFC dan Pizza Hut yang ada dalam kawasan mereka mulai hari ini.


Herman Samsudeen
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda Pas Wilayah Persekutuan


Apa pendapat tuan puan, ???






Tulisan 2: Daripada: MOHD TAJUDIN ABDUL WAHAB- tajudinsaifullah@ yahoo.com. my

setahu kawe lah, meme KFC malaysia dimiliki oleh ore Malaysia. Tapi keno ingat, KFC malaysia sebagai Francaisi, dan KFC US sbg francaisor. jadi KFC malaysia akan terikat dgn KFC US.

jadi bare2 keperlue francaisi akan diambil dari francaisor. tu atah francaisor lah nok ambik bare mano, nga pengelua dr malaysia ko atau dr negara lain.

janji setiap bulan KFC malaysia (francaisi) keno bayar kepada KFC US (francaisor) sejumlah wang sebagaimana dale perjanjie mereko.

Jadi KFC malaysia terpakso baya lah ko KFC US sekalipun KFC malaysia x dok juale/juale x memberangsangkan.

Jadi kawe nok cade la cini, bagi mereko ye nok nego KFC tu baiklah buat jenamo kito sdiri, buat apo kito dok nok soho nga jenamo ore. slamo mano gak kito nok brharap ko ore sokmo. BANGGOLAH denge jenamo sendiri...

HIDUP USAHAWAN MUSLIM!!!



Tulisan 3: oleh: ibnuahmad, http://fakir- insani.blogspot. com

Aku ingan kongsi satu cerita.

Sewaktu awal pembukaan RADIX FC (RFC), satu surat saman telah datang dari KFC Amerika. Aku merasa pelik kenapa ia datang dari KFC Amerika, bukan KFC Malaysia. Ada kaitan lagi ke KFC amerika dengan KFC malaysia sedangkan daripada maklumat yang dapat daripada emel, blog bahawa melayu telah ambil 100% KFC malaysia. Memang pelik. Terkini, surat saman kedua telah sampai. Terlebih pelik.

Aku ni orang yang tak tahu, cuma aku ingin bertanya.. Jika KFC sudah beralih tangan kepada orang melayu, bahan-bahan untuk menghasilkan makanan di KFC sekarang seperti tepung KFC, sos cili dan lain-lain diambil dimana?

Adakah KFC Malaysia mempunyai kilang sendiri untuk menghasilkan barangan ini ataupun masih lagi diimport dari Amerika. Kalau KFC malaysia dah ada kilang sendiri untuk menghasilkan barangan ini, ok la tu. Tapi jika barang-barang tersebut masih lagi diimport dari Amerika, bermakna kita tetap menyumbang pada Amerika yang menyokong Yahudi Laknatullah menyerang saudara kita di Palestin.

Yang ni dari segi perniagaan pula, berdasarkan apa yang aku nampak. Politik perniagaan. KFC Amerika sudah nampak akan kesan kempen boikot barangan Amerika dibuat oleh umat Islam. Bagi mengelakkan mereka mengalami kerugian, mereka menyerahkan syarikat ini kepada orang Melayu.

Orang Melayu pun berada dalam dilema. Nak boikot atau tak? Lalu tak jadilah nak boikot sebab Melayu yang kuasai. MELAYU. Selamatlah syarikat KFC Malaysia.

Satu lagi, orang Melayu memang suka makan ayam. Tambah-tambah lagi ayam KFC. Tapi cuba kita tengok di mana-mana KFC, orang india dan cina amat la kurang. KURANG. Amat kurang. Sebab mereka tahu makan ayam tak baik untuk kesihatan. Ayam ni banyak lemak.

Sebab tu, bila ada kenyataan di media yang umat Islam tak perlu boikot KFC, orang melayu akan sebarkannya habis-habisan. Berjuang berhabis-habisan. Orang Melayu suka makan ayam. Hidup Melayu. Hidup KFC.

Just pendapat dari aku yang jahil ini.

p/s:setiap yg berlaku itu ada hikmahnya, cuma dapat dijumpai bagi mereka yg mencari dan bersabar

Popular posts from this blog

...

Drive kereta automatik guna DUA KAKI dan....